Always A Traveller

by - 6:31 PM


Saya ni jenis jarang nak dengar atau mengikuti kuliah berbentuk kerohanian, namun bila terdengar kuliah dari Yasmin Mogahed ni di Astro Oasis, Always A Traveller with Mis Nina hati terus terpaut dan tersentuh.

Salah satu topik yang diusulkan oleh Mis Nina adalah berkenaan hubungan suami isteri. Soalannya bagaimana untuk mendapatkan rumah tangga yang harmoni.

Jawapan Yasmin yang saya dapat ingati. Seorang lelaki dia sangat menginginkan penghormatan manakala wanita pula memang nalurinya sukakan orang menyayanginya. Kunci keharmonian rumah tangga adalah keperluan kedua-duanya mestilah dipenuhi dimana wanita kenalah menghormati suaminya tanpa bersyarat, dan suami juga perlu menyanyangi isterinya tanpa syarat. Sekiranya dua perkara ini dipenuhi InsyaAllah harmonilah rumah tangga. Saat aku mendengar kata-kata beliau tanpa semena-mena air mata ini jatuh mengalir.


You May Also Like

0 comments