Cerita Sayu Ketika Mengemas

by - 11:09 PM

Pagi-pagi aku dah mesej Mr. Bear tanya dah kemas barang belum. Sebab aku sangat berkeyakinan yang dia takkan kemas kalau sorang2. Pagi dia dah balas mesej dengan pantas pula tu. Tengah mengemas katanya dan berasa sayu sebab lepas ni dia balik rumah tiada siapa yang menyambut. Walaupun kami duduk bersama tak sampai berapa bulan tapi dia dah rasa kehilangan kami. Aku ingat dia tak suka kami duduk sekali dengan dia. Yela bila balik rumah anak sepahkan. Pastu Husna paling suka menyambut Mr. Bear balik sambil jerit-jerit minta dukung. Pastu nak kena beli barang dapur bagai. Aku plak macam meroyan sikit duduk KL xtau jalan pastu tak bole kua sendiri nak beli barang sebab takut nak kua KL sorang-sorang kang da kua x tau jalan balik pula.

Kalau boleh aku harap kami dapat duduk sekali bersama, bukan mudah memang bukan mudah. Lagi-lagi kerja sekarang ni tension tahap cipan kena langgar. 

Jadi dear Mr. Bear jangan sedih, Mr. Bear sedih, Mama Bear dgn anak-anak bear lagi sedih. 

Dah pi sambung kemas. 

You May Also Like

0 comments