New Routine Every Evening

by - 4:50 PM

Aku sekarang mengambil inisiatif untuk memastikan aku cergas badan sihat dan bertenaga untuk melayan dua orang budak dekat umah aku tu. Rutinnya setiap petang aku akan pakai kasut joging aku dan bawa dua orang budak tu duduk dekat stroller berkembar yang kami beli di Paradigm dengan tergesa-gesa sebab tak larat nak dukung Husna tu (eh ni da masuk cerita lain la pula).

Ok sambung balik aku masukkan dua orang budak ni dalam stroller tu pastu aku tolak sambil joging di jalan kawasan perumahan aku. Disebabkan kawasan rumah mertua aku ni tak ramai orang melepak-lepak sambil gosip pasal jiran or rakan sepejabat yang cranky sebab x dapat apa dia nak jadi aku pun dengan riang dan gembiranya berlari-lari anak sambil joging. 

Bila da lama tak joging, mula semput lari sikit je jalan je lebih sebab tak larat. Husna dengan gembiranya minta aku lari lagi jangan berhenti. Motivator umi dia la katakan. 

Aku akan pastikan rutin ni aku tak miss bagi mengekalkan kelangsingan dan kejelitaan Mrs Bear ni berkekalan =0 (Perasan abis)


Credit Photo istockphoto

You May Also Like

0 comments