Pindah JB Balik

by - 9:13 PM

Secara rasminya aku bergelar warga JBrian balik. Atas faktor-faktor yang tidak dapat dijelaskan dan dielakkan kami buat keputusan untuk pulang menetap di JB balik kecuali Mr. Bear yang duduk sana solo kembali.

Sementara menunggu penyewa rumah kami keluar yang mana tempoh kontrak tamat Mei 2015, aku pun menumpanglah duduk di rumah mak dan mak mertua aku secara bergilir-gilir. Dalam pada tu juga aku cari-carilah juga rumah sewa area sini mana tau kot-kot ada. Anak dah dua kadang aku terpikir gak camne aku nak angkut 2 orang sekaligus.

Bila da duduk dengan mak n mertua ni tau jela. Kena lah buat-buat rajin walaupun tak la berapa nak rajin. Anak-anak bila dikelilingi atok dan tok habib nya mulalah menunjukkan tocang-tocang yang tak berapa nak nampak sebelum ni sebab takut dengan umi dia yang garang macam singa laut yang lapar ni.

Apapun its good to be back =)

You May Also Like

0 comments