Bantu Membantu Amalan Mulia

by - 10:51 PM


Kejadian ni terjadi beberapa hari lepas, masa tu aku membeli sarapan di warung nasi lemak singgit yang feymes kat Permas Jaya ni.

Kebetulan masa tu dalam dompet aku ada sekeping not yang besar dan yang lain not singgit2. 

Aku : Makcik berapa ringgit semua?
Makcik : RM12 je dik.
Aku : (hulur not duit)
Makcik : Dik takde duit kecik ke??
Uncle : Adik mau tukar sama saya?
Aku : Boleh sangat uncle, terima kasih ye.

Jadi walaupun aku tak kenal uncle tu dan uncle tu pun tak kenal aku, tapi dia sudi tukar duit dengan aku. Inilah budaya yang aku dambakan. Bukan sifat racist je.

Ye warung ni agak terkenal tak kira apa bangsa, apa pangkat semua pun makan kat sini, dia ada nasi lemak, kuih, air kelapa dan buah-buahan. Aku pernah terjumpa seorang mamat jepun makan kat sini sambil belajar cakap melayu dengan makcik jawa, macam nak tergelak pun ada. Dan minggu seterusnya pun aku jumpa lagi dengan orang jepun tu. Tapi dah lama tak nampak dia lagi, da balik Jepun agaknya.

You May Also Like

0 comments