Kes Kanak-Kanak Meninggal Di Putrajaya

Kejadian pertama

Seorang bayi 3 bulan meninggal di taska presint 11. Horror dengar bila kanak-kanak meninggal kat pusat taska ni. Sebab tu masa kami ambil keputusan nak duduk KL aku sanggup Cuti Tanpa Gaji sebabnya aku takutkan kes-kes macam ni la.

Sedangkan kita pun kadang-kadang kurang sabar dengan anak kita, apa lagi orang lua yang memang tiada pertalian darah langsung dengan anak kita tu. 

Sebab tu ramai ibu bapa bekerja tiada pilihan lain selain menghantar je anak ke mana-mana taska yang sanggup menjaga anak walaupun taska tu ada rekod tak baik. Sebab ketiadaan pilihan tu.

Aku ni antara yang bernasib baik sebab berpeluang menjaga sendiri anak aku walaupun untuk tempoh 365 hari sahaja.

Kejadian kedua

Seorang kanak-kanak jatuh dari tingkat 13. Yang ni tak tahu apa cita tahu dah jatuh je, katanya bapanya mengambil mak dia yang OKU di tingkat bawah. Mungkin anak ni excited tengok mak dah balik, buka tingkap nak jenguk sekali tertonggeng ke bawah. 

Rumah ni kadang-kadang dilema juga. Kalau pasang jeriji yang boleh buka anak pandai buka pula. Kalau pasang jeriji tak boleh buka nanti kalau terbakar rentung pula.

0 comments