Nasi Goreng Kampung

by - 8:09 PM


Bahan-bahan

3 mangkuk nasi putih
10 biji bawang merah kecil
3 biji bawang putih 
20 ekor ikan bilis
3 batang cili api
2 batang cili kering
1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
3 batang kacang panjang (dipotong kecil)
1 biji telur
3 sudu besar minyak bunga matahari
Secubit garam
Setengah sudu belacan segera Adabi

Cara-cara

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili api, cili kering sehingga lumat.
2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bahan-bahan ditumbuk sehingga garing. Masukkan belacan. 
3. Masukkan telur, lobak merah dan kacang panjang.
4. Masukkan nasi dan kacau sehingga rata.
5. Sedia untuk dihidang.

You May Also Like

2 comments

  1. Nanti boleh la trt resepi ni. Tak pernah lagi buat nasi goreng kampung letak kacang panjang. Biasanya saya buh kangkung jer. Erm... belacan pun letak jugakye. InsyAllah... boleh try :)

    ReplyDelete
  2. sedap... kacang panjang tu racik halus-halus. belacan saya letak sikit je :)

    ReplyDelete