Petanda Mimpi Anjing Hitam



Ni cerita lama tapi baru berpeluang nak tulis. Masa aku duduk di Desa Pandan aku dan suami sama-sama bermimpi benda yang sama iaitu anjing hitam. 

Mr. Bear mimpi 4 ekor anjing hitam cuba untuk masuk rumah kami dan dia menghalang. Manakala aku pula mimpi anjing tu lari then terkam pada aku. Yang aku pelik anjing tu lari kat dinding bilik tidur kami, lari sekeliling.

Aku pun tanya lah dengan mak dan nenek aku apa maksud mimpi macam tu. Mak aku bagitau kalau mimpi anjing hitam biasanya dikaitkan dengan gangguan syaitan. Jadi mak minta aku rajin-rajin mengaji dan solat berjemaah kat rumah sewa aku tu.

Tapi nasib baik duduk rumah tu sekejap je.


0 comments