Tips Memilih Taska


Disebabkan tahun hadapan Husna dah berumur 3 tahun jadi aku mula merancang untuk menghantar Husna ke taska. Dari Husna kecik sampai sekarang ni Husna diasuh oleh mertua aku.

Disebabkan banyak sangat laporan tentang penderaan kanak-kanak di taska dan oleh pengasuh maka disini aku sediakan tips dan juga panduan untuk aku dan mereka-mereka yang seperti aku yang pertama kali nak hantar anak ke taska.

Antara sebab kenapa aku nak hantar anak aku ke Taska

- Kemudahan di taska yang mana ruang untuk dia bermain lebih banyak
- Anak akan belajar untuk berdikari dan akan lebih yakin sekiranya melihat rakan sebaya mereka
- Anak akan belajar bergaul dan bercampur gaul maka kemahiran sosial dia akan lebih baik
- Taska ditutup pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti Am.
- Yuran lebih fleksibel

Antara sebab kenapa aku nak hantar anak aku ke rumah Mertua

- Anak diberi tumpuan sepenuhnya oleh mereka
- Rumah lebih selesa
- Anak akan lebih mesra dan tidak akan terdedah dengan budaya tak elok dari kanak-kanak lebih lain macam mengeluarkan kata kesat atau berkelakuan tidak elok.
- Kalau kena OT pun takpe sebab nanti aku boleh tidur terus rumah mertua aku.

Aku agak tidak konfiden nak hantar Husna lagi sebab taska yang ada ni aku tengok cikgu muda-muda lepas tu bila aku tanya program untuk anak aku macam tak berapa terang sangat penerangannya terutama tang yuran dan program, tapi tu baru satu taska aku tanya nanti nak tanya lagi taska lain pula.

Ni tips yang aku dapat dari Rusuk Kiri

Jika anak anda macam tak berapa suka nak pergi ke taska, tanyakan kenapa. Jangan ibubapa buat dekkkkk je kalau anak-anak nangis! Tolong DENGAR apa yang anak-anak cuba cakapkan. Lagi satu, sebelum anda bersikap TIDAK PERCAYA dengan anak anda, siasat dulu samada anak anda bercakap benar atau tidak.

Perubahan yang boleh dilihat pada anak-anak :

MENANGIS - tanda ni sangat obvious pada kanak-kanak yang SETIAP KALI dihantar ke taska, dia akan menangis. Ada yang menangis-nangis dari dalam kereta sampai ibubapa terpaksa mengangkat/mendukung anak masuk ke dalam taska.

LEBAM/BERBIRAT - tanda-tanda lebam/berbirat di bahagian tertentu tubuh anak WAJIB kita ketahui puncanya.

LAPAR - asal balik je ngadu lapar. Bila ditanya makan apa kat taska dia kata waktu tghari makan nasi, petang makan biskut kering cicah air teh! Husnuzon je la kot2 kalau anak kita ni memang jenis kuat makan.

MENGIGAU TERUK - Anak nangis-nangis dalam tidurnya di waktu malam. Meracau-racau dalam sehingga terganggu tidurnya. Ibubapa mungkin beranggapan ia cuma mimpi saja.

BERSENDIRIAN/PENDIAM - Anak-anak akan bersikap menyendiri dan tidak seceria dulu lagi. Apatah lagi, jika ibubapa tidak mahu mencuba untuk mendengar keluhan si anak tadi.

ANAK TAK MAHU - Akibat dari trauma yang dihadapi si anak di taska, dia akan kerap bertanya bila boleh cuti dari pergi taska. Anak kenit sering tanya soalan ni dulu di taska lama. Bukan sebab taska lama tu mendera kanak-kanak, tapi kakak kata sebab taska tu bosan!

Oleh kerana, kes penderaan bayi/kanak-kanak di taska mendapat perhatian dari semua pihak maka, setiap orang mempunyai peranan untuk memastikan anak-anak kita tidak menjadi mangsa penderaan samada di taska atau di rumah pengasuh. Justeru, beberapa aspek perlu dilihat sebelum kita membuat pilihan yang betul dan sesuai.

Semak status taska dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pentingnya kita hantar anak kat taska berdaftar ini untuk menjamin keselamatan mereka. Sekiranya, berlaku insiden yang tidak diingini membabitkan kanak-kanak, misalnya penderaan. Maka, kementerian boleh mengambil tindakan ke atas taska tersebut.

Mudah bagi kementerian melakukan pemantauan kerana ia mempunyai garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP).

Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Taska swasta yang berdaftar dengan JKM serta mempunyai pendapatan isi rumah perkapita RM500 dan ke bawah boleh memohon subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak sebanyak RM250 bagi anak berusia di bawah empat tahun.

Sebagai ibubapa juga, kita mempunyai hak untuk memilih taska yang sesuai untuk anak-anak kita. Selain dari memeriksa status dengan JKM, kita juga kena lakukan beberapa pemerhatian dari segi : 

Buat survey sebelum mendaftarkan anak. Lakukan 'rondaan' di sekeliling taska. Masa kenit di taska lama, diaorg tak bagi parent masuk dengan alasan keselamatan. So, actually kenit tak tahu kat mana budak2 ni ditempatkan.

Ibubapa kene banyak bertanya pada pemilik taska. Tanyalah apapun berkaitan taska, jaminan keselamatan baik dari segi makanannya, siapa yang menjaganya, adakah orang lelaki turut berada dalam taska tersebut? kalau ada berapa orang? dan sebagainya.

Biasanya, pengasuh di taska kalau yang muda-muda (tidak semua) cenderung untuk cepat marah berbanding pengasuh yang dah separuh umur atau pangkat makcik/nenek. Itu pendapat kenit, lain orang mungkin berbeza.

Dapatkan pendapat dan testimonial dari ibubapa lain yang dah pernah hantar anak-anak mereka ke taska tersebut. Penilaian dari ibubapa yang lepas sangat membantu dalam kita membuat keputusan.
Yang ni tak tahu samada semua orang setuju atau tak. Jika segala feedback dari ibubapa lain ok dan memuaskan hati, try hantar anak di situ. Lihat jika terdapat sebarang perubahan pada anak kita. Jika selalu menangis, tanyakan padanya dan siasat. Jangan diam aje!

Sekarang ni, banyak dah jabatan atau syarikat yang sediakan taska untuk anak staff yang bekerja di situ. Beruntunglah korang ...! tak perlu bersusah payah mencari taska di luar. Pergi keje ngan anak, balik keje pun ngan anak. Time lunch boleh jenguk anak dan kemudahan sebegini sangat membantu bagi ibu-ibu yang masih breastfeed.

Berhubung kes penderaan kanak-kanak di taska tu, banyak yang upload video di Facebook. Kenit tak sanggup tengok! Sedih sangat anak2 kecil diperlakukan sebegitu. Boleh jadi trauma tau dak! Dengan mak bapak sekali merasa traumanya! Boleh terencat perkembangan psikologi anak-anak kalau dibiarkan begitu.

Sekali lagi, ingin kenit tegaskan kenit tidak merujuk mana-mana taska secara khusus. Ini adalah pernyataan secara am mengikut kes-kes yang dilaporkan di dada-dada akhbar. Tips-tips di atas adalah berdasarkan dari pengalaman kenit melakukan survey taska dahulu.


p/s: jangan lari dari mendengar keluhan anak-anak kita. Kita bukan saja ibu dan bapa mereka, kita juga kawan baik mereka.

1 comments

  1. teringt anak2 aku dl...cukuplah sbuln lbh duduk taska...balik blom smpi rumah mnangis2 lapa dlm kete....sbuln prtme ok...bila msuk buln ke 2 strt wat pragai...yg aku germ pdhal ameer aku bwakkn bekl bubur..tp die xbg...sgt btol, parent if ank2 ckp ape2 pls dengr & siasat.ank2 kecil diorg xpndi mnipu...

    ReplyDelete