Hari ke 249 CTG

Tak sangka da masuk hari ke 249 aku ambil cuti tanpa gaji jaga anak. Tadi aku berborak dengan Mr. Bear tentang wanita yang jadi suri rumah dan berkerjaya.
Rata-rata wanita berkerjaya akan menghantar anak ke pengasuh atau taska pada hari bekerja manakala kalau hari cuti akan hantar juga anak ke rumah pengasuh atau atok nenek seminggu sekali bagi membolehkan kerja rumah dilaksanakan. Memang bukan mudah nak uruskan rumah kalau anak-anak ada Dan suami perlu bekerja.
Bagi wanita yang menjadi suri rumah walaupun anak-anak sudah tentulah tidak dihantar ke rumah pengasuh atau taska. Manakala bila ada kelapangan anak-anak akan dihantar ke rumah atok n nenek namun mereka juga berada di Rumah tersebut.
Tiba-tiba aku terfikir memang sepanjang Aku bekerja dulu maknanya tidak banyak masa yang Aku dapat luangkan dengan Husna sebab aku kerja Isnin sampai jumaat Dan masa yang Ada hanya hari sabtu dan ahad.
Seminggu 2 hari, sebulan 8 hari, setahun 76 hari kalau masuk cuti umum dan cuti rehat mungkin tambah lah jadi 100 hari sahaja setahun.
Bila da duduk rumah aku dapat lihat anak-anak membesar sendiri depan mata dan tanpa Aku sedari sudah hampir setahun rupanya aku dapat menjaga anak sendiri.
Kerja menjaga amanah Allah ini bukan mudah malahan sangat mencabar sekali lagi-lagi tanpa Mr. Bear disisi. Tipulah kalau aku tak menangis atau marah sebab penat dan juga stress mengurus anak-anak. Patutlah Mr. Bear selalu cakap ramai wanita di luar sana yang sangat mencemburui aku. Baru Aku paham apa maksudnya.

0 comments