Lelaki Makin Tua Makin Kacak, Isteri Makin Tua Makin Serabai

by - 7:41 PM

Topik ni aku petik dari status seorang bernama Lyna Noh.

Tadi kami berdua berbual tentang topik - Lelaki (suami) makin berusia makin kacak, perempuan (isteri) makin berusia makin serabai.
Saya kata, mana-mana lelaki (suami) yang makin kacak pada masa yang sama isteri dia makin serabai, itu adalah petanda si suami tu langsung tak ambil kisah hal rumahtangga (anak-anak, kain baju, pinggan mangkuk, dsb), semua outsource pada isteri saja.
Balik2 rumah tahu nak semua dah kemas, makanan dah terhidang, nak mandi semua tuala dah siap, keluar bilik air baju seluar spender semua dah complete. Yang si isteri, nak mandi pun tak sempat, apa lagi nak belek-belek muka.. makan pun asal telan saja, tak sempat nak hadam sebab anak kecik dah mula nak itu ini.
Para suami yang rasa isteri makin serabai, berbau, dan makin terserlah personaliti Mah dalam diri beliau, bawa-bawalah hantar isteri ke spa ke, atau paling tidak tolong layan anak sementara isteri mandi dan belek jerawat dalam bilik air.
If you see this imbalance couple, jangan lah cepat menghukum "Suami dia kacak kemain, bini selekeh je, tak takut ke nanti laki cari lain"... tapi silalah hukum "Dasar suami tak pandai jaga isteri. Bertuah dia dapat isteri yang sanggup berkorban utk famili sampai sendiri tak berjangok"



Apa yang dia kata memang ada kebenarannya. Tapi masalah ni juga bukan merujuk kepada lelaki tua sahaja tapi merangkumi ibu bapa yang mengabaikan anak-anak sendiri.


Kadang-kadang kita tengok satu pasangan tu bahagianya, anak-anak pun teratur je, sekali tengok kat belakang ada maid. Tak pun pasangan bahagia walaupun anak berderet-deret hebat dia mengurus rumah tangga ni. Tapi rupanya anak-anak semua orang lain yang jaga, dorang just tau anak-anak da siap semua.

Kalau pasangan bahagia, anak-anak teratur, rumah pun teratur itu memang pasangan yang hebat. Bukan semua orang macam tu. Cuma sesetengah orang sahaja.

Jangan percaya dengan semua yang anda lihat dan dengar sahaja. Kita tak duduk serumah dengan dorang kita mana tahu apa-apa. Dan janganlah mencemburui orang lain sebab kadang-kadang kita punya hidup lagi baik dari dia sebenarnya.





You May Also Like

0 comments