Arwah Farid bin Hashim

Assalammualaikum w.b.t

Arwah Farid dan Kak Eda
Credit Picture from Kak Eda
Hari ini aku dapat berita yang amat mengejutkan dari sahabatku. Iaitu salah seorang rakan sekolah aku telah meninggalkan kami semua dan pulang ke sisiNya. Beliau meninggal kerana kemalangan dengan lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Tg. Langsat. Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil.

Bila difikirkan memang sebak hati sebab aku kenal arwah sejak arwah tingkatan satu dan kami berada di kelas sama pada tingkatan 2 dan 3. Kemudian arwah duk kelas sebelah-sebelah kelas aku juga.

Arwah memang seorang yang pendiam, tak banyak bercakap tapi seorang sahabat yang baik. Sebabnya ketika salah seorang sahabat kami meninggal pada tahun 2001 yang merupakan kawan baik beliau. Beliau bersedih hampir setiap hari terkenang-kenangkan arwah.

Siapa sangka kini beliau juga berada di sana menunggu kami-kami ni pula.

Semoga rohmu tenang dan dicucuri rahmat wahai sahabatku. 

0 comments