Allahyarham Wan Mohd Asyraf

Dah lama rasanya tak update blog ni. Takde mood nak update sebenarnya.

Pada 21 Mac 2015 hari jumaat yang lepas aku dikejutkan dengan berita kematian seorang lagi sahabat aku yang memang aku sangat kenali.

Wan Mohd Asyraf sahabat yang sekelas dengan aku dari aku darjah 5 sampai tingkatan 5 kami sentiasa sekelas. Aku mengenali arwah ketika aku darjah 4, masa tu majlis penyampaian sijil pelajar cemerlang, aku ditakdirkan dapat tempat akhir (kalau tak silap aku lah) dan beliau di tempat pertama kelasnya. Maka masa tu kami berdiri sebarislah nak ambil hadiah. Dia berdiri di belakang aku. Kami bergaduh sebab dia kata aku jalan lembap sangat. Memang sepanjang kami berkawan kami sentiasa bergaduh mulut.

Aku ingat itu kali terakhir aku jumpa dia. Namun aku tersilap itu merupakan episod pertama perjalanan kami akan menjadi rakan sekelas sehingga ke tingkatan 5.Bila da sekelas kami sering jadi pesaing dalam bidang akademik untuk menentukan siapa lagi hebat. Jadi kami selalu berebut tempat duduk. Berebut tengok markah siapa lagi tinggi.

Semua tu tinggal kenangan sekarang arwah dah tiada yang tinggal hanyalah kenangan silam bersamanya. Semoga sahabatku itu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

Amin


0 comments