Pampers vs Cloth Diaper

Memang tak dinafikan persoalan tentang guna pampers dan cloth diaper selalu menjadi perbincangan hangat di kalangan mak-mak. Tapi keputusan nak guna pampers atau cloth diaper di tangan kita. 

Dulu aku bercita-cita jugalah nak menggunakan cloth diaper supaya boleh jimat dalam penggunaan pampers dan selamatkan alam sekitar. Tapi disebabkan aku tak duduk di rumah sendiri agak janggal untuk aku membasuh cloth diaper dalam mesin orang. Yela sapa yang selesa kita basuh lampin bekas kencing n berak dalam mesin mereka. Nak basuh guna tangan?? Peh rajinlah sangat kan. Nak masuk tandas berak kencing pun terkocoh-kocoh ape lagi nak memberus.

Dan kos memang guna pampers banyak makan kos tapi nak senang kenalah bayar lebih dok..

Jadi pilihan nak guna atau tak cloth diaper terpulang pada kita juga. Kalau kita nak pakai silakan tiada masalah pun dan lagi bagus dapat selamatkan dunia. Tapi kalau tak dapat pakai pun tak salah jangan rasa bersalah sebab semua itu keputusan kita. Orang akan tolong basuhkan ke cloth diaper tu kalau kita tak basuh??? 

Jadi jangan biarkan diri anda dibelungu rasa bersalah.

Stok untuk sebulan sahaja ye. 




0 comments