The Two Types of MOMS




Aku ni peminat Esther Anderson, kalau siapa nak tahu siapa Esther Anderson ni dia pengasas blog Story of This Life. Dia aktif kat facebook dan juga youtube.

Kalau kita tengok video di atas ni. Memang itulah yang berlaku pada mak-mak. Sorang mak tu pembersih tahap gaban sampai abis dispray dengan pembersih. Setiap kali aku bawa anak aku main kat public playground mesti rasa macam nak bersihkan dengan sanitizer sebab bila fikir semua kuman-kuman yang ada kat playground tu pun da buat semua mak-mak ngeri.Tapi kalau setiap kali kita protect anak kita terlalu overprotected sangat pun belum tentu dia selamat dan tak terkena kuman.

Kalau mak yang sorang lagi pula memang tak kisah la mainan jatuh pun bagi anak kutip balik dan masuk mulut pun tak kisah. Langsung tak kisah anak kutip-kutip makanan yang ada kat lantai dan masuk mulut. Kalau makan kat tempat public pun tak kisah pasal kebersihan la.

Persoalannya mana lagi baik? Jadi terlalu pembersih atau pengotor?

Di situasi aku plak kalau aku bawa anak-anak keluar kadang-kadang ngeri memang ngeri tapi apa yang aku boleh buat setiap kali selepas dia main di playground aku akan pastikan dia basuh tangan dan kaki dia, balik rumah konfem memang aku akan tukar baju semua. Pastu kalau ada makanan atau kotoran kat lantai aku akan bersihkan dulu sebab fasa anak-anak tengah suka mengutip semua benda kat lantai nampak sedap.

Kalau makan kat tempat public for sure memang x sempat nak guna sudu garfu kalau aku so dia nak makan pakai tangan aku bagi je janji aku basuh tangan dia sebelum makan. Kalau baju kotor masa makan pun aku jenis tak kisah. Tapi adakah bermakna aku jenis pengotor? Tak juga kan. 

Kita buat apa yang kita rasa terbaik untuk kita dan tidak menyusahkan dan peningkan kepala kita sudah. Orang nak pandang ke nak jeling ke itu hak dorang janji anak-anak kita happy.


0 comments