365 Days CTG

by - 3:10 PM

Macam tak caya je pejam celik pejam celik dah habis da Cuti Tanpa Gaji aku. Kalau ikutkan bukan 365 hari aku rasa lebih kot campur cuti bersalin 90 hari.

365 hari banyak mengajar aku erti menjadi seorang surirumah dan juga tugas mak-mak tak kerja ni. Ingat senang jadi mak-mak berjaya tanpa gaji ni. Nasib baik encik suami bagi duit poket ahaks muah ciked Mr. Bear.

Sepanjang aku jadi surirumah memang takdenya la nak berhias bagai. Nasib baik mr. bear memang weekend husband jadi jumpa memang hari sabtu ahad je jadi nak cantik-cantik lawa-lawa ari sabtu ahad jela itu pun aku rasa adoyai malas nye nak pakai lawa-lawa. Mane taknye kalau dah pakai tudung ke shawl ke baju lawa-lawa kain kembang-kembang tak pn blouse cantik-cantik sekali anak berak. Haru siot nak cebok anak dengan shawl n baju vogue-vogue ni. Sebab tu duduk uma memang pakai tshirt n sua panjang je senang nk mengurus budak-budak.

Urusan rumah pun sama walaupun aku boleh pilih untuk bangun sampai tengahari sebab duk uma kan bukan ada sape pantau tapi aku still pilih untk bangun awal mengurus budak-budak. Mandikan, bagi makan, tidurkan. How i will miss those moment mandikan, cebok berakkan, suap makan pakai tangan, tidur dodoikan.

Sampai lagu yang paling aku hafal sampai skang Tanya Sama Pokok =0

Semua tu akan aku pahatkan dalam memori ni. Walaupun anak-anak memang konfem lah takkan ingat sebab bila mak aku cakap masa aku kecik-kecik aku macam nilah aku tak ingat pong. Ayah aku Polis Hutan, mak aku besarkan aku dengan adik aku sorang-sorang. Lagi masa tu mak aku takde kereta, naik bas je pi balik keja dekat kilang F&N Tampoi tu.  



You May Also Like

0 comments