First Day At Work after 455 Cuti Bersalin dan Cuti Tanpa Gaji

by - 3:46 PM

Dah lama nak update pasal benda ni tapi sekarang baru teringat dan berkesempatan. Kalau duduk umah memang xde masa lah aku nak hupdate blog cite memacam ye nak oi.

Setelah bercuti selama 455 hari akhirnya kerja juga aku. Dan tugasan pertama aku adalah mengikuti Kursus Aspirasi Setiausaha Tahun 2015. Rasa happy lah sebab da lama tak berkursus tinggalkan anak-anak, sebab selama ni anak-anak memang follow aku pi mana pun termasuk lah tandas. 

Hujan yang disangka akan turun ke petang rupanya panas ditengah hari. Siapa sangka hari pertama aku jejak kaki di Kuala Lumpur je husband aku di admit masuk hospital sebab masalah belakang dia. Punyalah macam-macam plan sesama, nak tengok wayang la, nak honeymoon la, nak strolling along the putrajaya lake la. Last-last aku tidur kat hotel Everly tu dengan Ex Housemate aku Adib. (Nasib baik laki dia jauh bole teman aku).

Anak-anak aku alhamdulillah baik-baik je mak aku cakap cuma malam-malam Aisha Humaira mengempeng jadi mak aku la jadi mangsanya. Sorry mak.

Jadi sepanjang aku kursus tu hati memang berbagi-bagilah. Sebabnya kursus pun macam Haram Jadah, tak pernah aku pi kursus sehampeh ni lebih baik takde dari ada. Ktorang sampai pun bilik kursus tak setting lagi, sampai penceramah dah sampai pun last2 kursus jela dalam bilik tu juga dengan meja tak beralas. Aiyoo ramai-ramai kerja kat HQ tu buat ape haa... Kalau da bos korang kena turun sendiri. Where your respect? Where your manner? Where your brain haaaa?? Nasib baik penceramah tu ok la, mula-mula aku rasa macam lari tajuk. 

Dalam hati duk menyumpah, aku tinggal laki sakit dan anak aku semata sebab benda macam ni ke?? Sangatlah tak berbaloi nak...

Jadi habis je kursus aku terus ke hospital amik laki aku discharge hospital dan hantar ke rumah Tok dia pastu naik putra dan LRT (jakun aku da pakai satu kad bole naik semua rupanya). Sampai je kat TBS terus beli tiket balik, nasib baik dapat tiket pukul 8.00 yang pkul 7.30 tak sempat nak dapat.

Touch down je kat JB aku rasa syukurnya da sampai pastu ayah aku amik. Masuk-masuk kereta tanya anak-anak da tido sekali ada pula tukang jawab 'Umi!!!!' Terkejut mak tapi happy at the same time. 

Jangan Nak Curi Yaa

Akhirnya tamat sebuah perjalanan yang ku sangkakan penuh kegembiraan rupanya penuh liku-likuan


You May Also Like

0 comments