Demam Day 1

Catatan yang ke 417

Dah lama rasanya tak menulis kat blog ni. Takde mood nak menulis sebenarnya. Beberapa hari yang lepas aku demam panas. Da lama tak demam dan sakit seteruk tu. Selepas aku melahirkan Humaira aku jarang sakit teruk sampai tak boleh bangun macam tu. 

Aku start demam hari isnin, mula-mula just pening kepala, muntah, pastu baru aku teringat aku pakai produk baru Woman Desire. Haa memang desire abis. Melepet aku tak bole bangun sampai pergi check darah untuk periksa samada aku kena denggi ke. 

Anak-anak aku pun berjangkit, jadi macam dah jatuh ditimpa tangga pula. Aku sakit, anak-anak pun ikut terjangkit sekali. Suhu badan dorang sampai cecah 39. Masa buat pemeriksaan aku bawa Husna sekali untuk check darah sebab risau dia paling tak kebah-kebah. Adik dia kebah cepat. 

Bila da lama tak amik darah, aku punya cuak nak amik darah tu memang aku toleh tempat lain, muka memang buat muka berani sebab anak aku tengah tengok kan. Pastu giliran dia, dia pun toleh tempat lain tiru apa aku buat tadi. Memang kagum Husna tak nangis pun masa misi tu ambil darah dari dia. Bila da titisan darah terakhir masa nak cabut jarum tu bole pula dia nangis.

Buat sementara ni aku stop jap pakai WD tu sebab kesan dia sangatlah kuat dan da nak dekat raya ni aku tak nak melepet je. Nanti aku tulis sikitlah apa kebenda WD tu (Ceh macam orang baca je blog aku nak share macam ni muahahahaha).

Ok sambung cite ambil darah tadi. Jadi result darah aku da anak aku, Husna normal aku kurang normal. White blood Cell aku rendah tapi Platlet normal jadi doktor nak pantau aku kena repeat ambil darah hari khamis.

0 comments