Demam Day 2

by - 4:30 PM

Catatan Yang Ke 418

Hari ini aku pergi buat pemeriksaan kesihatan sekali lagi. Disebabkan semalamnya aku punya catatan darah tidak memuaskan hati doktor dan demam aku masih tak kebah-kebah.

Aku pergi Klinik Kesihatan Hospital Sultan Ismail nama glamour dia HSI, first time aku pergi klinik ni sebenarnya. Sebelum ni aku memang selalu pergi KK Tebrau je sebab tak ramai orang dan tak perlu bersesak-sesak macam di KK Masai. 

Disebabkan hari ini hari Khamis jadi waktu klinik pukul 3.30 petang da habis. Nasib baik aku kua awal skit je dari opis (dengan izin k bukan cabut tau). jadi masa aku sampai tu boleh dikatakan aku orang terakhirlah sebelum kaunter dia tutup. Aku terlupa nak bawa GL (Guarantee Letter) orang gomen kan free je konon ni klinik panel aku la. Jadi aku bayar la RM1.00. Macam - macam boleh dapat dengan RM1.00 tau.

So dari aku daftar sampai jumpa doktor dalam masa setengah jam semuanya da siap. Gila tak cepat? tak pernah aku rasa service government macam ni cepat. Dorang bukan buat kerja cincai eh. Dorang buat exactly the same macam yang hari sebelum tu aku tunggu dekat 2 jam sebab ramai orang. Jadi sebenarnya kalau tak ramai orang service kat hospital government ni cepat je.

Ok sambung cite hasil darah aku day 2, white blood cell naik tapi platlet rendah. Doktor cakap hasil darah aku odd sangat. So dia minta aku repeat lagi untuk kali ketiga hari sabtu.

You May Also Like

1 comments