Almost 4 Year PJJ and Counting...

Bila masuk bulan september means da cukup 4 tahun kami suami isteri PJJ, kalau dulu masa mula-mula kawin rasa macam tak nak berpisah sampai bergaduh-gaduh, merajuk-rajuk, bermasam-masam muka dengan JPA sebab tak tukarkan sejurus lepas kawin. Konon fikir nak dapat anak lambat kalau duk jauh.

Tapi rezeki dapat tukar Johor awal, aku kawin Oktober 2008 dapat tukar ke KEMAS Johor Disember 2008, kalau ikutkan bos aku suh lambat sikit lapor diri tapi kakak kat KEMAS ni dah tangguh almost sebulan jadi nak tak nak kena pergi juga kalau tak aku kena lepas. Gila ke nak lepaskan!!!

So 3 tahun kami duk bersama di Johor pun still rezeki anak takde juga. Ingat duk ngadap hari-hari senang lah dapat kan. Bukan senang k!!!

Tahun ke 3 kawin iaitu tahun 2011 Mr. Husband dapat job offer kat KL, rasa sedih pilu semua ada lah sebab susah nak tukar balik JB ni pastu mr husband ke sana plak dengan nasib kami yang tak berapa nak baik dalam usaha nak dapat anak. Dia dapat tahu dapat job offer tu selepas pertemuan kami dengan Dr. Thokha mengatakan kami tak boleh mempunyai anak secara normal kena menggunakan IUD yang kosnya mencecah RM15K pada masa tu la. Aku terkedu nangis tiap-tiap malam. 

Tapi keajaiban berlaku. Sebulan selepas suami di KL dan sebulan selepas raya aku disahkan mengandung setelah berita adik aku mengandung sebulan awal dari aku diterima. Apa yang mampu aku ucap?? Alhamdulillah, perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Dia bagi aku teman supaya aku tak sunyi duk kat JB sorang-sorang. 

Disebabkan aku nak mengandung susah jadi tak target la yang 2nd akan mengandung cepat lagipun ayah aku awal da bagitau dia baca uri aku (ni cite orang tua-tua la) bijinya jauh-jauh means kalau dapat anak 2nd maybe 10 tahun lagi. Tapi adik aku rapat-rapat bijinya maknanya anak adik aku setahun satu. Masa tu tengah pantang dengar mak bapak cakap macam tu sentap japla rasa sedih, pilu macam nak meroyan skit je lagi.

Pastu siapa sangka genap Husna setahun aku disahkan pregnant anak kedua. Girl plak tu. Paling seronok suami sebab adik beradik dia semua lelaki sekali dapat anak berturut-turut anak perempuan. Sebenarnya tak terbayang dek akal akan menimang 2 cahaya mata dalam masa terdekat disebabkan apa yang dikata-kata orang kan.

Jadi sebenarnya kena doa dan percaya pada perancangan Allah dia sebaik-baik perancang berserah je kepadaNya itu yang terbaik. Siapa tahu di saat kami berjauhan. Kami dikurniakan cahaya mata. Sudah 4 tahun masa berlalu dan masih menunggu sinar untuk kami tinggal bersama seperti dahulu. =) 

Mana tahu rezeki pasni mengandung lagi ahaks 

Ok bai.

1 comments