Rahsia Hati Lelaki

Orang kata hati perempuan ni susah nak diramal sebab tu la keluar drama 'Hati Perempuan' tapi sebenarnya hati kaum adam atau hati kaum lelaki ni pun sama juga lagi banyak rahsianya. Kalau dah kawin lagilah macam-macam kena belajar selok belok hati lelaki ni. Bukan kaum adam je kena kenal kaum hawa tapi kaum hawa pun kena belajar mengenali hati kaum adam. Ni berdasarkan pengalaman yang tak seberapa banyak ni la, lain orang lainlah pula ragamnya ye dok...

Antara rahsia yang dipendamkan kaum lelaki bergelar suami ni :

1. Kaum lelaki tak suka orang menggoda atau try usha-usha hak milik dia lagi-lagi kalau bini dia. Kalau ada lelaki lain pandang pun mesti dia marah. Dia tak cakap tapi nanti tau-tau dia diam je, tanda marah lah tu.

2. Kaum lelaki paling tak suka kalau kaum wanita terutama isteri dia bercerita tentang ex Bf ke ex Tunang ke ex Crush ke atau apa-apa ex la. Jangan buka cerita sekali-kali pun dia yang mulakan. Tu pancing dia tu nak tau kita masih teringat lagi ke tak.

3. Kaum lelaki akan buat apa sahaja untuk dapat perhatian wanita yang dicintainya. Jadi kadang-kadang time kita tengah bagi makan anak atau time tengah tengok tv tula time dia minta kopi la minta itu la minta inilah. Memang itu sifat semulajadi dia. 

4. Kaum lelaki amat sayang dengan mak dia. Jadi kalau dah kawin dapat anak mak memang kena terima hakikat sebab lelaki sememangnya anak emak. Itu kita tak boleh lawan. 

5. Kaum lelaki amat suka kalau ada pendengar setia, kalau boleh dia luah perasaan kat isteri-isteri kena dengar jangan komen apa-apa dulu.

6. Kaum lelaki tak suka wanita yang melawan kata dia, katanya bukan nak lawan debat pun. Jadi isteri kena mengalah jela.

7. Kaum lelaki paling suka wanita yang cuba meminati apa yang dia minat, hobi lelaki ni kalau ada satu tu untung lah satu je sampai bila-bila tapi kalau hobi dia berubah-rubah mengikut angin monsun ikutkan dan layankan jela.

8. Kaum lelaki suka wanita pandai masak dan mengurus anak serta rumah tangga. 

9. Kaum lelaki juga suka wanita tu berdikari lagi-lagi kalau dia kerja jauh, maka tidaklah dia risau.Tapi itu tidaklah bermakna kaum hawa kena buat semua sendiri. Kenalah ada beberapa benda lain yang kena libatkan dia jangan buat sampai suami rasa dia tiada peranan dalam keluarga.

10. Kaum lelaki paling suka kalau kaum wanita ambil berat tentang dia. Tanyalah khabar dia. Lelaki selepas kahwin jangan terkejut kalau dia tak hantar rose atau coklat untuk harijadi atau annivesary itu tak bermaksud dia tak sayang sebab pada dia ada benda lain yang lebih penting dari itu. Kadang-kadang dia hanya akan ucap sahaja. Jadi kaum hawa atau kaum wanita jangan mengharap bakal suami tu akan romantik sampai lepas kahwin.

Harap tips ni bergunalah sebab ini berdasarkan pengalaman aku. Yang penting dia nak sama-sama senang dan sama-sama tua dengan kita. 

2 comments