The Gang Doctor @ Yong Pal

by - 12:15 PM

Kita selalu dengar doktor ni gila duit sebab selalu caj pesakit mahal-mahal terutama doktor hospital swasta. Macamana kalau kita dapat tahu doktor yang gila duit tu sebenarnya orang susah, dia jadi gila duit gila status sebab dia membesar tak cukup duit? Selalunya orang kaya je yang mampu hantar anak pergi belajar doktor sebab seperti kita sedia maklum course doktor bukan murah bukan pakai duit 2 ke 3 ribu je tapi boleh cecah ratus-ratus ribu. Jadi kalau orang susah yang dapat belajar doktor selalunya dapat bantuan biasiswa dan seperti yang kita sedia maklum duit biasiswa hanya cover yuran sahaja. Makan minum dan lain-lain perbelanjaan seperti buku, asrama akan diberi elaun yang seciput sahaja. Sebab tu ada certain-certain doktor cukup time je blah pi singapore atau lain-lain negara yang boleh offer banyak duit sebab dorang nak hidup senang tak nak hidup susah.

Jadi inilah kisah The Gang Doctor ni atau nama lain Yong Pal.




Ia mengisahkan seorang doktor bernama Kim Tae Hyun yang sangat dikenali di kalangan kawan-kawan doktor sebagai kaki ampu VIP dan gila duit. Tapi ramai yang tidak tahu kenapa dia jadi begitu. Kim Tae Hyun dibesarkan oleh ibunya, adiknya pula sakit dan perlu menjalani dialisis dan perlu menggunakan wang yang banyak. Bapa dia seorang pemabuk dan kaki pukul. Pada satu hari mak Tae Hyun kemalangan dan hampir mati. Namun disebabkan dia pelatih di hospital yang mak dia dapatkan rawatan, doktor pakar disitu berjanji akan menyelamatkan mak dia. Ketika di dalam bilik pembedahan seorang VVIP telah dimasukkan ke bilik pembedahan juga dan semua doktor pakar dikehendaki untuk membedah vip tersebut. Maka tinggalkan mak Tae Hyun dalam bilik menunggu mati.

Disebabkan bil perubatan adik dia yang tinggi Tae Hyun meminjam dengan lintah darah. Lintah darat tersebut menggunakan kemahiran Tae Hyun sebagai seorang doktor dengan merawat ahli kumpulan gelap sebagai ganti membayar hutang dia. Segala-galanya mula berubah apabila dia ditempatkan di tingkat 12 iaitu dikenali tingkat VIP dan berkenalan dengan anak perempuan kumpulan Hangshin Han Yoe Jin yang diletakkan koma oleh abang tirinya.

You May Also Like

0 comments