Graduation and Concert Day 2015 Sri Kamariah Kindergarden

by - 3:17 PM


Tahun ni merupakan tahun pertama Husna hadir ke sekolah. Nak dijadikan cerita. Tiket nak masuk konsert tu hilang. Aku da fikir kalau kena bayar memang guna jela apa yang ada. Pagi-pagi anak-anak bangun semangat ingat nak berjalanla. Husna pelik kenapa dia kena pakai tshirt dan seluar jenis tu. Humaira pakai gaun.

So sampai kat Thistle Hotel, dia da tanya soalan cepu emas 'Playground kat mana?'

Dahla ktoran kelewatan. Member Mr. Bear da telefon tanya mana dia, da lewat untuk pendaftaran. Nasib baik Husna da sarap cereal dan minum susu dalam kereta. Sebab sampai-sampai je daftar aku cakap aku hilangkan tiket masuk, nasib baik dalam list ada nama ktorang da bayo. Pastu teacher bawa Husna masuk bilik persalinan. Husna macam blur-blur mula-mula kenapa dia diasingkan. 

Ktorang yang kelaparan ni memang terus menuju ke buffet yang tersedia jelah. Humaira dengan aku makan nasi lemak. Mr. bear da hilang pi makan dengan kawan dia la apa lagi.

So masa marching in, anak aku group yang last sekali masuk. Semua budak-budak toddler masuk sambil nangis termasuk anak aku yang menahan air mata nak nangis. 

Pas sesi marching, first buat persembahan memang toddler sebab toddler ni katanya paling susah nak handle (memang pun, pening cikgu).

Husna langsung tak bergerak kat atas pentas. Padahal kat umah asyik nyanyi lagu Shalalala In The Morning tu je. Tapi teacher pun da maklumkan awal-awal Husna tak nak dancing. Yup itulah Husna kita tak boleh paksa dia buat benda yang dia tak nak. 

Sambil budak-budak semua menari Husna duk berdiri tegak atas pentas dari awal lagu sampai akhir lagu. Budak sebelah dia nangis tu nangis tapi still buat movement yang cikgu dia ajar. Turun je dari pentas Mr. Bear terus amik dia dan ceria je muka dia siap boleh berjoget-joget kat bawah. Humaira as usual dengar je lagu badan dia automatik goyang.

Sampai je kat uma Mr. Bear tanya dia. 'Napa Husna tak nak dancing tadi?'

Jawapan Husna 'Husna tak nak joget, Husna nak terberak walid'

Aku dengan Mr. Bear ketawa jela terbahak-bahak. Alasan tak boleh blah btul....

Anak oh anak. 

Looking forward for next year concert tak tahulah apa plak jadi. 



You May Also Like

0 comments