Black Garlic


Kisahnya black garlic ni masa tengah kami menunggu giliran anak aku jumpa doktor di Johor Jaya. Suami aku pergilah ke sebuah kedai sensei dekat situ. Kalau ngok keadaan kedai tu macam agak uzur xde barang sangat. Tapi suami aku asalnya just singgah nak beli roti and air je untuk anak-anak kami. Pastu kami ternampak produk ginger and lemon juice. Suami aku ni tengah fanatic ginger so kalau bole semua benda pasal ginger dia nak beli. 


Borak punya borak dengan tokey tu sekali dia bole bagi black garlic ni. Suami aku pun amik jelah dah orang bagi kan, so semalam kami pergi ke kedai sensei dekat dengan rumah kami tu, so tanya-tanya lah tokey tu dia pun cakap black garlic hanya di jual di singapore sahaja and agak mahal juga harganya. 


Tokey sensei Johor Jaya tu ada cakap juga sebiji boleh cecah RM60, tapi aku tak tahu napa dia bole bagi free je kat laki aku. 

Tu namanye rezeki ye dong. 

Motif tulis : Buat baik berpada-pada buat Jahat jangan sekali. 

Sedikit yang Aku google pasal Black Garlic

Black Garlic ni sangat popular sebagai makanana tambahan di Korea dan diamalkan oleh warga Korea sejak 400 tahun yang lalu. Makanan ini dikatakan kaya dengan antioksida dan sering ditambah di dalam minuman tenaga. ia juga dikatakan bole memanjangkan umur pengamalnya.

Maka peminat Kpop apa lagi try la makan. Aku tak berani sebab nanti badan bau siot.. hahahaah




0 comments