Duhai Penyewa Rumah Ku

Tiba-tiba teringat nak tulis pasal kisah penyewa rumah. Aku sewakan rumah kami sejak tahun 2011 setelah Mr. Bear perlu bertugas di luar kawasan. Jadi aku duduk di rumah keluarga sehinggalah beliau kembali di sisi balik.

Penyewa pertama kami menyewa dari 2011-2013 seorang jurutera di syarikat berdekatan dengan rumah kami. Sudah berkeluarga namun dia tinggal secara bujang sahaja di sini. Kami minta deposit 2+1, deposit api air kami minta RM50 sahaja. Penyewa pertama tiada masalah untuk membayar deposit dan sewa juga dibayar tepat pada masa. Beliau akan mesej setiap kali mahu melakukan perubahan pada rumah tersebut seperti mengubah paip air agar lebih lancar, memasang water heater. Sebulan sebelum dia keluar beliau menghantar notis dan masih membayar sewa seperti biasa. Seminggu selepas beliau keluar kami melakukan pemeriksaan bagi memudahkan kami mengira kos kerosakan dan juga bil tertunggak yang ternyata agak banyak juga bil api dan air yang ditinggalkan. Namun dapat dibayar menggunakan deposit yang belum dipulangkan. Setelah menolak semuanya kami pulangkan baki deposit dan beliau terima dengan hati yang terbuka.

Penyewa kedua kami menyewa dari tahun 2013 - 2015 seorang pensyarah di Universiti tempatan. Sudah bekeluarga juga, namun tinggal berjauhan dengan suami, beliau tinggal di sini bersama 2 cahaya mata beliau. Atas dasar perikemanusiaan dan naluri keibuan yang kuat sebab tika itu aku sedang mengandungkan anak kedua aku, jadi aku kurangkan kadar deposit menjadi 1+1, namun deposit api air aku kenakan sebanyak RM300. Pada awal pembayaran sewa ada berlaku sedikit kekeliruan kerana beliau hanya membayar sebanyak RM500 sahaja deposit katanye sebagai booking fee dan meminta resit sebagai bukti pembayaran. Sepanjang penyewaan juga beliau memasukkan jumlah sewa namun sering kali terlewat memasukkan sewa namun aku bersikap bertolak ansur kerana mungkin dia ada urusan lain yang lebih penting. Bila tempoh kontrak penyewaan tamat beliau memohon untuk menangguh keluar iaitu pada bulan Mei 2015. Aku kata tiada masalah janji bayar sewa seperti biasa. Bila bulan seterusnya pun pun beliau meminta lagi tangguh katanye urusan pindah rumah baru tidak selesai sehingga tiba Disember 2015. Seminggu sebelum beliau keluar beliau menghantar sms menyatakan akan keluarkan pada 31 Disember 2015, beliau juga menyatakan beliau tidak membayar sewa bulan Disember 2015 dan menyatakan agar kami menolak sewa bulan Disember menggunakan deposit yang ada. Bil api air juga mencecah sehingga RM300 yang mana aku agak terkejut ketika memeriksa bil api bulan november yang lalu yang menguatkan lagi firasat aku yang beliau mengharap deposit tersebut dapat membayar semua bil. Beliau juga menyatakan yang mesin basuh rumah kami telah rosak sepenuhnya 'wear and tear', dinding perlu dicat semula, paip di bilik air utama berkarat dan tersumbat dan beliau telah melakukan pembaikan dan pengubahsuaian sendiri tanpa meminta kebenaran aku selaku tuan rumah. Itu baru yang dinyatakan melalui SMS belum lagi kami periksa sendiri rumah tersebut. Namun dia ada meminta maaf di atas segala kerosakan yang berlaku dan berjanji akan bertanggungjawab. Nasib baik dia cakap nak bertanggungjawab kalau cabut gitu je memang nangis lah aku. Tapi dia pun tak boleh nak lari mana, aku tau mana dia kerja, jadi senang je nak cari.

Kepada tuan rumah di luar sana ini adalah peringatan untuk kita bersama jika ingin sewakan rumah

1. Percaya pada gerak hati, sekiranya gerak hati menyatakan mereka tidak sesuai duduk rumah kita jangan sewakan.
2. Jangan sewakan pada ejen itu menganiaya orang namanya kecuali anda tiada di sini.
3. Pastikan sewa dibayar mengikut waktu yang ditetapkan.
4. Beri resit rasmi setiap kali penyewa bayar sewa
5. Buat pemeriksaan di rumah stiap 3 bulan.
6. Deposit dipulangkan semula sekiranya sewa bulan terakhir di bayar dan bil diselesaikan penyewa,

Kepada penyewa di luar sana ini adalah peringatan untuk anda

1. Sila jangan tangguh bayar deposit atau sewa rumah.
2. Bayar sewa ikut waktu ditetapkan tuan rumah
3. Sila jaga harta dan rumah tuan rumah seperti itu harta anda
4. Hargai kepercayaan yang tuan rumah berikan
5. Bayar sewa rumah terakhir bukan suruh tolak dari deposti terakhir, kalau rumah atau harta dalam rumah rosak bagaimana tuan rumah nak tuntut ganti rugi.
6. Jangan menaniaya orang lain dengan sewakan pada orang lain dengan harga lebih mahal 



















0 comments