First Time Husna Muntah Dalam Kereta

by - 2:45 PM

First time Husna muntah dalam kereta masa dalam perjalanan balik melawat adik aku Hafiz di Kem PLKN di Mersing. Perjalanannya sangat jauh dan jalannya bengkang bengkok. Aku da risau masa Husna minum susu coklat tu. Muka dia da semacam dah pastu dia da buat bunyi Uwek2.. Tapi masih tak keluar lagi. 

Masa hampir sampai ke Tenggaroh tu yang keluar habis muntahnya dan kami terpaksa berhenti di tepi jalan mencari mata air di tepi bukit untuk bersihkan Husna. Nasib baik aku memang bawa baju spare untuk dia dan baju spare untuk diri sendiri. Muntahnya kena pada mak aku dan bukan aku sebab dia duduk di sit depan dengan mak aku.

Antara sebab kenapa aku tak suka travel naik keta ayah disebabkan kemabukan naik keta ayah la. Memang konfem bole terkeluar isi perut.

You May Also Like

1 comments

  1. hi perkongsian menarik. done follow, follow me back :)

    ReplyDelete