Cheese In The Trap

by - 11:40 AM


Mula-mula ngok gambo dia macam tak best je cite ni tapi bila da start tengok best la pula walaupun pelakon dia x berapa nak kenal sangat. Cite ni berdasarkan buku komik bertajuk Cheese in The Trap oleh Soon Ggi.

Ceritanya mengisahkan seorang pelajar perempuan bernama Hong Seol dan seniornya Yoo Jung. Hong Seol bekerja secara separuh masa demi menampung kehidupannya dan yuran kolejnya. Manakala Yoo Jung merupakan pelajar yang kacak, mempunyai keputusan peperiksaan yang baik dan nampak baik tapi sebenarnya mempunyai karektor berlainan yang tidak diketahui oleh orang lain. Kebetulan sikap ini disedari oleh Hong Seol. Dan sejak Hong Seol mengetahui sifat talam dua muka Yoo Jung, beliau mula menghantui hidup Hong Seol dan membuatkan kehidupan Hong Seol di luar kampus dan dalam kampus lebih sukar lagi. 

P.s Aku rasa akan ngok cite ni sampai abis dan ngok ape jadi dengan dua orang ni. Sebab Hong Seol memang takut gile dengan Yoo Jung, Yoo Jung cuba buat-buat baik dengan dia tapi bila kita da tahu dia jenis talam dua muka kita tak tahu dia baik dengan kita ikhlas atau buat-buat je kan.

You May Also Like

0 comments