Cinta Pertama

by - 4:23 PM


Cinta pertama kalau dengar macam geli je ketiak kan. Tapi tula hakikatnya setiap orang ada cinta pertama dia. 


Cinta pertama pada cerita korea adalah cerita Hotelier. 



Cinta pertama pada cerita Jepun adalah cerita Tokyo Cinderella Story.



Cinta pertama pada komik adalah cerita Sailormoon. Tanya lah mana-mana kawan sekolah aku semua tahu aku suka baca komik Sailormoon sampai jatuh longkang khusyuk baca. Nickname masa sekolah dulu of course la Gadis Sailormoon. 

Cinta pada orang of course la Mr. Bear. 

Haa tak percaya?? Ye tulah hakikatnya sebab aku masa sekolah nerd gile anti lelaki tu term yang aku guna la. Even masa Politeknik pun macam tu. Macam kelakar pun iye kalau fikir balik. Sebabnya malas nak tukar-tukar boypren tukar-tukar hati. Tu je reasonnye lain takde. Dan lelaki yang berjaya ajak aku keluar sehingga meminang aku jadi suri di hati adalah Mr. Bear. 

Ye masa dating dulu romantik yang amat. Ingat lagi masa gaduh dia cakap nak diri depan rumah masa tu hujan dia kata dia akan datang sambil pegang bunga ros. Dengar pun nak muntah kan hahahah

You May Also Like

0 comments