Kisah Tadika

by - 4:14 PM



Aku sekolah tadika cina, sumpah aku tak suka tadika masa kecik sebabnya aku selalu kena buli, disebabkan saiz badan aku kecik, aku selalu kena buli dengan sorang budak ni terutamanya nama dia Alif cucu pak imam, memang sampai sekarang aku ingat lagi nama dia. Kalau ditakdirkan aku jumpa dia lagi memang aku pancitkan tayar keta dia.


Ok sambung cite tadika. Jadi disebabkan aku tinggal dengan makcik aku masa aku tadika dulu jadi aku terpaksa naik van sekolah yang memang sesak tahap gaban punye yang kalau kau naik sampai muka kau terpenyet kat cermin tingkap pastu kalau kau keluar dia punya lega tak yah cakaplah.

Dan masa tadika jugala aku dipaksa buat persembahan dikir barat dan terpaksa pinjam baju melayu anak jiran aku. Malu yang amat siot aku terpaksa pinjam baju adik dia yang umur 4 tahun sebab badan aku kecik, abang dia sebaya aku tapi badan besa aku pakailah adik dia punya. Terima kasih Fahmi.

Dan aku rasa aku da tau mana Husna dapat perangai buat muka toya atas pentas rasanya memang dapat dari aku la tu. 

Sekian.

You May Also Like

0 comments