Gerhana Matahari 2016

Credit to NASA

Salam , untuk salinan Yb : 

Yb Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Johor : Laporan Ringkas Fenomena Gerhana Matahari di Negeri Johor :

Kejadian Gerhana Matahari pada 9 mac 2016 , hari Rabu jam 8.23 pagi iaitu detik kemuncak gerhana dengan kadar 90% . Gerhana matahari yang akan berlangsung ini adalah ulangan 21 tahun yang lalu . 29 Jamadilawal 1416 hijrah hari selasa bersamaan 24 oktb 1995 masihi jam 12.30 tengahari iaitu waktu al-Zohirah ( الظهيرة  ) juga di sebut al-Qailulah ( القيلولة ) dengan kadar gerhana 70 %, manakala bulan yang menghalangi cahaya matahari itu berada pada kedudukan titik ' simpul atas ' ( العقدة الصاعدة ) . 

Sekali lagi Gerhana matahari berulang pada tanggal yang sama iaitu 29 Jamadilawal 1437 hijrah hari Rabu bersamaan 9 mac 2016 masihi jam 8.23 pagi iaitu waktu Dhoha ( الضحى ) dengan kadar gerhana 90% , manakala kedudukan bulan yang menghalangi cahaya matahari berada pada kedudukan titik ' simpul bawah ' ( العقدة النازلة ) .

Mafhum firman Allah SWT : ayat 8 Surah Kaf ( سورة ق ) fenomena Alam sebagai bukti kekuasaan Allah SWT mengandungi 2 nilai : 1- Tabsirah ( تبصرة ) - tuntutan mengambil perhatian dan 2- Zikra ( ذكرى ) - tuntutan mengambil peringatan .
Ambil Perhatian (  تبصرة  ) : gerhana matahari 1416 H / 1995 M menyaksikan slps gerhana negeri johor di uji dengan kemarau yang mengheret kpd wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan .

Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini pula memberi limpahan hujan yang seragam utk kesuburan negeri johor. 

Ambil Peringatan ( ذكرى ) :  Janganlah hendaknya sejarah berulang kembali iaitu kemarau dan wabak penyakit…

ALLAH peliharan sultan dan rakyat jelata Negeri Johor… 

Sekian , laporan ringkas dari saya ,
Hj Hanafiah bin Abdul Razak 
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, 
Bahagian Falak ,
Jabatan Mufti Johor .

Copy Paste Group Whatsapp


0 comments