Mr Boss dan Ms Stalker

Cerita pasal boss dengan secretary lagi. Bila jadi secretary ni sikit-sikit mestilah rasa tempias kan. Bukan senang jadi secretary. (Eh tak pasal-pasal cite pasal aku plak).

Just nak kongsi segmen akasia baru kat TV3. Da lama Asyraf muslim tak berlakon, tup-tup jadi Boss. Hmmm kalau lah dapat bos macam Asyraf Muslim. (Tak payah berangan k) Boss skang pun tak cukup bagus ke (Eh nak juga masuk cite bos dia). Ok bai.


Sipnopsis

Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?

“Antara nyata dan mimpi...
Ada hati yang ingin kutawan...
Tapi, dalam lain dimensi...
Hatiku kau jadikan tawanan….”

Cilok dari goodreads

0 comments