Impian Seorang Wanita

Hari tu aku terpandang iklan SKII tentang memasang impian, ramai wanita terutama yang berusia lebih 30 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai anak melupakan impian masing-masing dan tiada lagi memasang impian. Kerana stigma masyarakat mengatakan apa lagi yang perlu kamu kejar, kamu dah jadi ibu dan isteri, fokus kat dua benda ni sudahlah. Bagi ibu yang berkahwin muda terutamanya bila anak-anak mula membesar hidup seperti tiada arah tujuan. Maka tidak salah mula memasang impian semula. Sedangkan atok KFC pun berjaya ketika berumur 80 tahun apa lagi kita yang muda belia ni. Eh muda ke?

#changedestiny #dreamagain


0 comments