Hipokrit

by - 11:21 AM

Da masuk 8 hari dia tak bertegur dengan aku seperti selalu sejak kejadian tu. 

Kejadian yang aku bercakap dengan dia tapi dia abaikan dan hanya berlalu sahaja sebelah aku seolah-olah aku ni tak wujud ketika bercakap dengan dia. 

Sedih.

Tu sahaja ungkapan yang mampu aku ucapkan. Kerana aku menjawab persoalan dia dengan jawapan yang salah terus dilayan aku macam sampah. Tu ungkapan yang sesuai digunakan.

Benarlah kata orang bila kita baik dengan seseorang tu dengan ikhlas dan orang tu melayan kita dengan tak ikhlas sebenarnya sakitnya hati Allah sahaja yang tahu. 

Secara jujur aku tak pernah berjumpa dengan orang sekeras dan se EGO itu.

Yang kalau bercakap hanya TENTANG KEHEBATAN DIRINYA SAHAJA.

Yang kalau bercakap hanya TENTANG BERAPA DUIT SAYA ADA.

Yang kalau bercakap hanya TENTANG APA PANGKAT SAYA.

'Saya itu..'

'Saya ini..'

Aku hanya anggukkan sahaja walaupun sebenarnya agak mual juga mendengar. 

Hipokrit? Yup itulah aku yang hipokrit. 

Tapi pengajaran nya hebat sekali. Manusia ini semua hipokrit tiada yang ikhlas saat berbicara. Tiada yang ikhlas saat berkawan. Saat diperlukan baru dicari. Saat ingin dikerah barulah tiba-tiba menjadi kawan.

Ada seorang memberitahu ku.

'Aku berkawan dengan dia pun bukan sebab nak kawan, dia belanja makan aku makan. Dia abaikan aku kutuk aku apa pun, aku buat hati kering'

Mungkin hatiku tidak sekering itu lagi. Kerana aku menganggap dia sahabat dan terima kelebihan dan kekurangan dia seadanya. 

Tapi itu semua dulu..

Kini semuanya kembali sepi...




You May Also Like

0 comments