Cara Beli Rumah Pangsapuri Kos Sederhana Rendah bertaraf Bumiputera

Akhirnya selesai juga urusan aku membeli rumah pertama aku. Walau sekadar rumah pangsapuri tapi jadilah dari takde kan. So kat sini aku list kan apa step yang aku buat. 



Plan nak beli rumah ni dari tahun 2015 lagi tapi sebab tak jumpa bank yang nak melayan permintaan kami ni maka urusan nak jual beli rumah ni di drag bertahun-tahun.

Antara sebab kenapa bank tak nak 

1. Rumah kos sederhana rendah
2. Rumah bertaraf bumi nak proses lambat
3. Pinjaman di bawah RM150,000.00
4. Valuation terlalu rendah dari harga sepatutnya.

Sebelum buat apa-apa pinjaman pastikan dokumen ni disediakan.

KLIK SINI LAR

Maka setelah dokumen dan disediakan aku walk ini kat bank. Dan bank pilihan aku masa tu Bank Rakyat Cawangan Seri Alam. Ramai kata Bank Rakyat ni susah nak dapat loan rumah, tapi aku gamble masuk je. Alhamdulillah pegawai yang aku jumpa ni bagus senang sangat sebab dia bagi kita solution yang bagus mcmana nak pastikan aku boleh buat pinjaman rumah. Sebab komitmen aku agak tinggi memandangkan aku pinjam keta ikat 7 tahun je dan pinjaman personal aku da masuk 6 tahun so lagi 4 tahun berbaki RM31000.00 masa tu

Antara solution nya aku buat pinjaman personal loan sebanyak RM31000.00 dan tambah tahun maka dari aku bayar RM743 aku hanya perlu bayar RM368 sahaja bulan. Maka aku ada lebihan untuk top up bayaran rumah aku.

So dengan baki gaji aku yang ada tu dia buat pengiraan aku hanya mampu bayar XXX sahaja sebulan. Ngam2 dengan jumlah pinjaman yang aku bercadang nak buat. 

Pastikan korang adakan perbincangan dengan pegawai bank berkenaan untuk dapat pinjaman yang korang mampu bayar bulan-bulan k. Ni antara kira-kira yang dia buat untuk aku

Gaji aku - RMXXXX
Kos HIdup - RM1000 (ni bank da tetapkan)
Kereta - RM1XXX
Loan - RM368
ASB - RMXXX
BAKI RMXXX

Maka proses pinjaman pun dilaksanakan. Kat sini aku buat kronologi jadi senang korang nak agak berapa bulan proses tu selesai.  Sebab rumah yang dibeli pun rumah suami jadi prosesnye mudah skit pegawai tu kata. Masa ni kau da upah valuator untuk tahu harga rumah kau dan pastikan cari valuator yang betul2 pandai value rumah korang sama harga dengan jiran2 korang. 

Pastikan juga kau pergi ke bank yang berdekatan dengan kawasan perumahan kau. Macam aku aritu tanya bank area bandar dia value rumah aku RM110k sahaja sedangkan harga rumah aku boleh cecah RM150k. 

2 Oktober 2017

1. Isi borang permohonan pinjaman
2. Salinan CCRIS suami diperlukan untuk memastikan suami tak culas bayaran, bank nak tahu nak pindah ke nama isteri sebab apa. Kalau culas bayaran memang akan direject.
3. Potongan baru personal loan telah dimulakan. Maknenye slip mestilah potongan rendah.

16 Oktober 2017

1. Terima notis pinjaman diluluskan namun tersalah key in jumlah pinjaman biasanya HQ Bank Rakyat akan hantar mesej kepada peminjam.
2. Mohon semula pinjaman. 

25 Oktober 2017

1. Terima notis pinjaman diluluskan

7 November 2017

1. Sign surat tawaran pinjaman 

23 November 2017

1. Jumpa pejabat lawyer untuk sign agreement. Disebabkan rumah aku tu rumah bumiputera dan rumah bumiputera kos sederhana tak boleh dijual kepada individu atau pasangan yang pendapatan lebih RM10,000.00 ye.

28 November 2017

Serahkan dokumen yang diminta pejabat lawyer dia akn bagi list

Dokumen Required 

1) Vendor 

- Salinan IC
- Salinan Surat Beranak
- Salinan Geran Hartanah Yang Nak Di Beli
- Salinan Geran Hartanah Lain
- Sale and Purchase Agreement Hartanah Yang Nak Di Beli
- Cukai Tanah Hartanah (Boleh minta pejabat maintenance)
- Cukai Harta Majlis Perbandaran
- Bil Semasa Indah Water
- Bil Semasa TNB
- Bil Semasa Air
- Bil Semasa Maintenance 
- Tenancy Agreement (Jika Berkaitan)
- Fire Insuran

2) Purchaser

- Salinan IC
- Salinan Surat Beranak
- Salinan Sijil Nikah
- Salinan Gaji untuk 3 Bulan
- Surat Pengesahan Perkhidmatan
- EA Form

7 Disember 2018

Perjanjian Jual Beli siap untuk diambil

5 Januari 2018

Bayar pada lawyer RM2,000.00 

19 Januari 2018

Beri surat kelulusan untuk pindah nama kepada pejabat lawyer. Format surat akan diberikan pejabat lawyer dan perlu ditandatangani oleh Pejabat Maintenance k.

23 Februari 2018

Permohonan pindah nama telah diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Galian Johor

28 Februari 2018

Bayar semua fee lawyer berjumlah RM3640.65. Disebabkan aku malas nak tanya pejabat tanah maka upah runner. nak bgtau upah runner sahaja RM1800.00 ye. Ni fee untuk pembeli je tau. Untuk penjual dia boleh tolak dari baki loan yang telah selesai.

9 Mac 2018

Terima notis dari bank menyatakan pengeluaran pembayaran insuran dan baki rumah kepada bank penjual telah dikeluarkan. Haa nila tarikh keramat kena pastikan kau bank in duit loan rumah kau sebelum tarikh keramat ni tiap2 bulan kalau tak nak kena denda atau black list.

20 Mac 2018

Serah resit pembayaran cukai tanah yang diselesaikan pejabat maintenace.

So total bulan memang 5 bulan baru selesai k. Nanti aku share pulak pengalaman aku apply loan LPPSA dan cancel sebab salah paham jumlah pinjaman yang aku boleh buat.








0 comments