Bengang betul aku, line telefon hari ini susahnya nak hantar mesej dan telefon, asyik masuk outbox je.. BOSAN BOSAN BOSAN tak pasal-pasal en suami ingat aku sengaja taknak mesej dia. Huhu wahai line ajaib janganlah kau buat hal. Bil kau aku da bayar bukannya tak bayar ye...
Sedihnya hati kena hantar en suami pulang tadi, hari ini dia puasa pula tu, dia dah bernazar kalau aku mengandung dia akan puasa 10 hari. Dan ada lagi 4 hari dia kena abiskan termasuk hari ini. Jadi tadi umi aku da bekalkan dia nasi dengan lauk ikan goreng dan sambal petai sebab umi dia masak tadi.
Semalam pula aku masakkan dia nasi ayam, nasib baik dia kata sedap, aku bukan pandai masak sangat, sekadar masak bolehlah tapi pakar tu tak lah selalu dia komen masakan aku hampeh =0
Hari ini patutnya kami dengar ceramah dari Dr. Thokha tapi bila fikir tak sempat en suami nak naik bas jadi kami pun tak pergi.
Alhamdulillah sepanjang aku preggy ni xde pulak aku rase mual-mual atau mabuk-mabuk atau pening-pening. Tapi ada juga yang bersuara kata tak rasa nikmat mengandung. Allah da kurniakan aku peluang untuk mengandung ni pun aku dah bersyukur. Bila aku tanya adik aku, dia pun x de mabuk-mabuk yang mabuk laki dia, aku tanya mak aku pun sama yang mabuk ayah aku, aku tanya mak mentua aku pun sama tak mabuk yang mabuk pak mentua aku. So aku ni alhamduillah aku tak mabuk n encik suami pun tak mabuk. Kalau suami mabuk atau aku mabuk kami risau juga yelah da berjauhan, dapat rezeki nak ada anak ni masa berjauhan pulak, mungkin sebab tu dipermudahkan tuhan. Kalau suami aku mabuk, sian pulak kat dia sape nak jaga, nak cari rezki untuk keluarga lagi. Kalau aku mabuk mesti en suami pun tak senang duduk. Jadi ada bagusnya kalo kami sama-sama tak rasa kemabukan itu..
Ai banyak nye perkataan mabuk, boleh mabuk aku baca.
Alhamdulillah setelah di scan dan dikonpemkan oleh dokto pada 8 Oktober 2011, Sabtu lepas dokto sahkan aku mengandung 6 minggu dan 6 hari,itu ikut kiraan panjang baby lar, kalo ikut kiraan aku sendiri aku ingat da 8 minggu sebab aku kira dari first day aku period. So masa scan tu dapatlah dengar bunyi jantung baby yang memang laju giler, mase first dengar tu macam x percaya pn iya btul ke ni, aku bakal jadi ibu?? dan yang paling happy en suami la, mana taknya kami menanti detik dan saat ini selama 3 tahun lamanya.
Inilah hadiah anniversary, besday aku n encik suami yang paling menggembirakan. So dokto scan dan cakap insyaAllah due date aku jatuh pada 27hb Mei 2012. Amin... 16 oktober ni ada talk dari dr thokha tentang penjagaan selepas bersalin tapi aku lupa plak nak tanya pukul brape, kalo sempat pi la almaklum la en suami kena balik KL ari tu.
Jadi bila da mengandung ni mestila ada supplement kena makan, antara yang paksa rela aku makan, asid folic 500mcg, proscal (sebab aku alah susu lembu temporarily) dan juga Neurogain PB.
Haa inilah ahli kelab Cik Kiah yang ke rumah Cik Siti, rumah Cik Siti memang lawa gila, untung benar dia dapat rumah lelong macam ni cantik, mana nak dapat zaman serba mahal ni rumah corner tanah besar n rumah besar lagi. So kira beruntunglah Cik Siti kita ni.
Ini cerita lama tapi tak kisahlah aku nak masukkan juga, time ni orang kesihatan datang untuk buat pemeriksaan ke atas semua orang yang berkerja, terutamanya yang bekerja di syarikat gergasi seperti kami ni, almaklum la da ramai sangat yang jadi 'ting tong' takpun obesiti yela kalau dah kerja mencekik je 24 jam mana tak obes.
So ramai la berduyun-duyun beratur, mula-mula isi borang, dlm borang tu kita kena isi history kesihatan kita, kemudian ada soalan berkaitan mental dan juga kadar stress di tempat kita berkerja itulah.
Lepas sesi isi borang sesi ambil darah pula, ni dia nak check kadar gula dalam darah dan juga kadar kolesterol dalam darah, dalah baru lepas raya, open house pula tiap2 minggu memang larila keputusan.
Lepas itu sesi timbang menimbang dan ukur mengukur, haa yang ini ramai la mula tarik nafas dalam-dalam yela takut bocor rahsia berat dan saiz pinggang sebenar.
Setelah 3 tahun menunggu akhirnya terhasil juga usaha aku kali ni, tapi apapun nak kena check dengan doktor dulu takut gak kalo keputusan tu salah, walaupun dua kali aku check tapi still aku tak nak terlalu excited takut kecewa nanti. Yelah bukan sekejap2 menunggu tapi bertahun-tahun jadi tidak boleh terlalu kesukaan cukuplah gembira sikit dulu.
So hari sabtu ini, aku dah pun book appointment dengan doktor thokha untuk memastikan keputusan tu sahih.
ABOUT ME
POPULAR POSTS
Categories
- Blog 29
- Contest 22
- Japan Drama 1
- Korean Drama 50
- Motherhood 38
- Novel 6
- Otakku 133
- Peristiwa 23
- Psikologi 6
- Renungan 13
- Secretary Life 49
- Tips 18
- Tips Beli Rumah 2
- Tips Ibu Bapa 25
- Tips Kahwin 2
- Tips Kesihatan 5
- Tips Pejabat 50
- Tips Rumah 3
- Tips Rumahtangga 6
- Travelogue 16
Iklan
Contact Form
Rules and Regulation
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam atau negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain dengan atau tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi Ringgit Malaysia Lima Puluh Lapan (RM58,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.