Hebatnya wanita yang mampu menjadi isteri, ibu dan juga anak yang taat. Mampu melakukan segala-galanya tanpa berasa penat dan lelah. Sesungguhnya aku memang salute pada isteri-isteri yang dapat melakukan segala-galanya.
Sesungguhnya aku baru nak belajar berubah kepada isteri yang tak baik kepada baik. dan masih mencari panduan lagi.
isteri solehah idaman setiap suami,..
1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya
sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan
penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar.
Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak
bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong
suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah
hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah
atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu
sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya
memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun
tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap
bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga
susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di
zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
isteri yang solehah sentiasa bersama suami susah &
senang
3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga
sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan
yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun
kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang
perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak
pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup.
Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit
hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan
yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan
Tuhan.
Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan
suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai
kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala
pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping
sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam
yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa
bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti
daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga.
Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau
hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah
ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah
bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang.
Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan
anjing.
na'uzubillah..3x
Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita
saling mencintai kerana Dia; sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari
cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah
mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada'
iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab,
"Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling
bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjung kerana Allah."
sharing is caring: mujaheedah