Orang selalu cakap dengan aku, kau boleh lah gaji laki kau besar. Aku cakap Alhamdulillah, Allah bagi kami rezeki lebih supaya kami boleh berbakti kepada kedua ibu bapa kami lebih. Walaupun suami aku bergaji besar tapi aku tak pernah bermewah-mewah, tiap-tiap bulan xde pula aku shopping beli macam-macam tapi aku beli apa yang perlu sahaja. Tapi betullah janji Allah itu dia takkan bagi kita lebih dan takkan bagi kita kurang. Setiap kali naik gaji je kami dapat belikan rumah untuk orang tua kami, tukar kereta, bagi elaun lebih pada orang tua kami. Jadi rezeki tu sentiasa ada dan sentiasa cukup. Tak lebih dan tak kurang.
Jadi senang cite kena bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi, jangan dibanding-bandingkan gaji kita dengan gaji orang. Kerja kita sikit tapi gaji kita besar. Jangan sekali-kali berpemikiran begitu.
Kalau gaji kita mampu untuk beli umah kecik or keta kecik kita ambil je peluang tu dulu sebab rezeki Allah tak pernah putus.
Dan lebih banyak kita memberi sebenarnya lebih banyak kita akan terima cuma dalam bentuk apa itu adalah rahsia Allah.
Tak lupa jangan kita lupa berbakti pada kedua ibu bapa kita sebab doa mereka lagi mustajab dari doa orang lain. Janganlah merungut kalau ibu bapa kita minta lebih (aku pun merungut gak da tapi sedang muhasabah diri ye).
Pagi ni aku dapatkan suntikan Im Dexa kali kedua, kali ini punya suntikan sakit sikit berbanding semalam. Mula-mula aku nak suntik di tempat yang sama tapi bila fikir balik aku tukar tempat lah sebab misi pun kata tak sakit ke kalau suntik tempat sama.
Malam tadi aku terasa kesengalan di area kaki aku tak pasti disebabkan suntikan atau disebabkan kepenatan. Sebab kat kaki aku pun urat da mula timbul-timbul dengan mekarnya.
Jadi harap baby dalam perut ni sihat bila keluar nanti k. Tak sabar umi dan walid nak jumpa kamu.
Hari ini aku dapatkan suntikan Im Dexa sebagai langkah berjaga-jaga just in case baby keluar awal. History aku lahirkan Husna 36 minggu menyebabkan doktor mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan baby kedua aku ni dilahirkan matang paru-paru nya. Doktor bagi penerangan yang tujuan suntikan ni adalah untuk mematangkan paru-paru bayi just in case dia keluar awal jadi dia boleh survive bila dia keluar nanti.
Aku tengok pun sekarang ni bayi yang dah cukup bulan pun kerap mengalami masalah paru-paru yang tidak tahu apa puncanya. Sama ada punca dikelilingi perokok atau pemakanan atau udara persekitaran yang semakin tercemar tidak tahu apa puncanya. Patutnya para saintis di Malaysia ni boleh buat kajian punca masalah paru-paru di kalangan bayi.
Sebelum aku disuntik tu aku tanya lah kawan-kawan yang pernah disuntik semua mengatakan suntikan ni sakit gila sampai boleh nangis la, aku da bayang macam-macam da. Even masa tengah tunggu giliran tu pun aku tanya pada nurse tu sakit ke suntikan ni, nurse kata sakit sangat sampai terasa kat jantung dan sendi-sendi. Lagilah aku kecut perut.
Jadi masa dah tiba masa giliran aku untuk suntikan aku pun baring dan nurse pun melaksanakan prosedur, rupanya ubat ni disuntik dekat sendi tulang belah kanan bukan kat punggung seperti yang diwar-warkan sahabat-sahabat aku. Nurse tu masukkan perlahan je ubat tu sebab katanya tak boleh one shot nanti bisa jadinya. Jadi yang sakitnya adalah di tempat ubat tu dimasukkan sahaja, xdelah sampai kaki kebas tak boleh jalan or sendi-sendi jadi longgar. Atau mungkin aku da lali dengan suntikan di area punggung dan pinggang sebab masa aku pregnant 7 minggu sampai 11 minggu aku disuntik hormon hampir setiap minggu.
Aku tanya pesakit yang sorang lagi kena suntik pun dia kata benda yang sama dia just sakit kat tempat disuntik dan lenguh skit kaki sebelah yang disuntik. Aku Alhamdulillah boleh drive lagi walaupun setelah disuntik. Esok pun ada suntikan yang sama untuk dos kedua jam 9.30 pagi. Aku harap aku kuat dan boleh ke drive untuk ke ofis nanti. Chaiyo2!!!
Hari ini aku ada appointment dengan doktor di Klinik Desa Kerajaan, doktor scan dan tanya-tanya pastu doktor sarankan aku untuk ambil suntikan Im Dexa sebab sebelum ni anak aku lahir dikategori pra matang (36 minggu), jadi aku pun macam agak cuak dan tanya doktor tujuan suntikan tu. Doktor kata tujuan nya untuk mematangkan paru-paru bayi kalau-kalau bayi terkeluar awal.
Pastu aku tanya ada risiko dan juga kesan sampingan tak ubat ni. Doktor tu kata xde side effect malah lagi bagus untuk bayi. Dan suntikan tu mesti diambil sok arinya juga jam 4 sekali dan lusa jam 8 sekali. Suntikan tu juga perlu diambil bila kandungan cecah 28 minggu.
So tu cite Im Dexa.
Hari ini aku kena suntik kancing gigi dulu yang memang wajib diambil oleh semua ibu mengandung. Dulu masa mengandungkan Husna aku dapatkan suntikan ni klinik swasta tak sempat aku nak kata xnk doktor amik ubat terus je cucuk. Tapi kali ni aku appointment di Kerajaan dulu jadi jimat sikit duit heheh mahal tau suntik kat swasta sekali suntik RM100 tu. Nasib baik suntik belah kiri sebab sengal juga tangan aku pas kena suntik tu.
Disebabkan anak aku da masuk dua orang jadi aku pun survey-survey la stroller yang aku rasa menarik, murah dan ringan sebab nak mengangkut senang. Sebelum ni aku pakai stroller quinny zapp memang senang sangat stroller tu sebab mudah lipat dan ringan sangat dan yang paling penting stabil. Nak cari stroller ni yang paling penting aku rasa tayar dia jadi nak cari stroller yang tayar dia tak licin susah sangat, sebab kebanyakan tayar stroller semuanya pakai tayar plastik yang aku rasa agak bahaya.
Antara stroller yang aku minat
Yang ini brand kinderwagon, aku tak tengok secara dekat lagi tapi nampak macam menarik dan ringan berat dia dalam 10kg sahaja (sama berat beras). dan harga dia antara rm899 sehingga rm1299.
Yang ini brand kolcraft, berat dia dalam 15kg harga dalam lingkungan rm1999
Jadi skang ni tengah pening nak beli yang mane satu. Ayoyo dan yang penting quinny zap tu sy nak let go memberi ruang kepada stroller baru kekekekek
Semalam Mr. Bear mengidam nak makan kat Secret Recipe, kebetulan ada promotion pula tu jadi dapatlah makan kek percuma satu slice. Semalam dating berdua je anak tinggal kat uma hehehe
Dah tiga malam anak aku tidur dengan tidak tenang, mula-mula aku ingat sebab teruja bila walid (Mr. Bear) ada kat umah. Tapi malam tadi Mr Bear takde pun kat umah dah balik KL tapi masih tidur dengan gelisahnya. Kalau tidur umah mak aku takde pula gelisah bagai macam tu.
Ke sebab tak biasa tidur uma MIL aku tu ye. Tapi tiap-tiap minggu aku balik umah MIL aku takkan la tak biasa lagi kot. Masih runsing memikirkan masalah ni, setiap kali balik uma MIL aku mesti dia tidur terganggu tidur tak tenang sampai aku dan Mr. Bear pun jadi tak boleh tidur dan mengantuk setiap pagi.
Pernah tak korang nampak anak korang fobia dengan apa-apa? Aku memang tak pernah takut-takutkan anak aku dengan benda-benda macam kegelapan, binatang atau apa-apa sahaja sebab suami aku melarang aku menakut-nakutkan anak aku. Mak aku suka menakut-nakutkan anak aku dengan bunyi kucing yang menyeramkan.
Dan rupanya anak aku juga fobia dengan baby court dan perkataan tidur. Aku tau dia fobia dengan baby court sebab pagi ni aku angkat dia turun sebab nak pergi kerja. Jadi sementara tu aku letak dia dalam baby court terus dia menangis-nangis macam sedih sangat-sangat. Lepas tu aku tanya MIL aku kenapa Husna takut dengan baby court?
MIL aku cakap FIL aku jadikan baby court tempat kuarantin kalau dia nakal. Kalau dia tak dengar cakap FIL aku akan letakkan dia dalam baby court tu. Jadi di fikiran Husna dia diletakkan di dalam baby court tu kalau dia ada buat salah. Patutlah dia jadi macam tu. Nampak memang tiada harapan lah aku nak ajar Husna tidur dalam baby court aku cakap pada MIL aku. Pastu dia kata tak mengapa nanti adik dia boleh ajar tidur dalam tu.
Aku perasan juga anak aku tak suka kalau aku sebut perkataan tidur. Pada dia tidur ni waktu malam je, siang tak boleh sebut. Kalau da malam dekat-dekat waktu tidur dia kita sebut dia tak kisah. Dia akan naik sendiri walaupun kita tak suruh. Tapi kalau sebut waktu siang dia tak suka sebab waktu siang dia nak main walaupun dia da kepenatan.
Semalam aku pergi Jusco dengan parent aku dan Husna sebab nak beli ubat nyamuk dan dinner sekali kat situ.
Punyalah ramai dan panjang orang beratur. Tapi disebabkan kat kedai2 luar xde jual, aku pun gagahkan diri juga la beratur walaupun panjang. Mula2 ok lagi tapi da dekat setengah jam lenguh gak pinggang aku, pastu aku pi la kat kaunter ekspress sebab ngok kaunter tu da x ramai orang.
Bila pembantu cashier tu nampak aku, dia terus panggil aku suruh bayar di kaunter khidmat pelanggan, pastu dia bagitau 'Next time kalau beratur panjang2 akak x yah beratur akak terus je kaunter khidmat pelanggan ni k'
Jadi aku agak terharu la juga sebab prihatin juga warga Jusco ni pada ibu mengandung macam aku ni.
Usia kandungan aku da masuk 25 minggu, ari isnin lepas aku buat pemeriksaan kat klinik desa. Misi bagitau yang berat aju naik 1.7kg dan tu dkira banyak untuk 2 minggu. Tapi alhamdulillah HB aku naik dari 10.5 ke 11.8.
Jadi aku cakapla dengan misi tu, kalau saya kurang makan hb sy turun kalau sy lebih makan berat naik tapi hb sy pn naik. Jadi sy nk buat cmne tu nurse.
Akibat kenaikan berat tu aku kena amik tekana darah pada 7, 9 da 11hb. Nasib baik.uma MIL aku ada pam darah tu jadi xyah pi klinik just amik kat uma pn da ckp sbb dia risau kalau berat naik, tekanan darah aku pn naik. Tak tau la dia ada effect mcm tu.
Ari kamis ni nak bawa Husna pula check up dan inject 18 bulan.
Ari sabtu appointment dgn dr thokha plak. Nasib bos xde minggu ni. Kalau x susah gak nk tinggalkn pejabat.
Betul la kata orang anak-anak akan cuba menarik perhatian ibu bapa dengan pelbagai cara.
Tadi aku main tepon dan kemudian Husna sedaya upaya menarik perhatian aku agar jangan main tepon tapi main la da layan la dia.
Tersentap hati aku nengok dia buat muka manja dia sambil peluk-peluk sebab jarang dia nak buat macam tu
Jadi lesson learn nak main henpon jangan depan anak-anak. Rasenye ini juga la perasaan ibu bapa kalau mereka tengah bercakap atau nak ajak berbual kita sibuk dengan phone kita.
Ni adalah kali pertama Husna main pasir. Aku tak pernah bawa dia pergi main pasir kat pantai atau tempat lain. Kalau setakat bawa ke pantai tengok laut tu pernah la.
Seronok betul dia. Aku ada baca kat artikel tentang kebaikan main pasir dan juga perkembangan otak kanak-kanak.
Disebabkan kami main pasir agak lambat jadi Husna macam tak puas main. Masa aku angkat dia nak bawa naik melalak dia tak nak.
Lenkali aku nak bawa dia lagi, tunggu lepas bersalin dan tunggu sampai adik Husna cukup besar untuk bawa main ke pantai.