Arini merupakan episod pertama drama Yes, Bos! Ayatni biasalah ayat tipikal sekretari kalau jadi secretary, even aku dengan bos aku pun macam tu, ape boa cakap just say yes.
Jadi antara barisan pelakonnya fahrin ahmad, emma maembong dan syamsul ngau ngau
Tengahari tadi aku layan movie kat Lifetime best gak la tentang seorang penulis muda Lane yang perlu menulis article tentang percintaan dengan pekerja syarikat berkolar biru. Jadi disebabkan syarikat yg ditempatkan adalah syarikat kewangan dia perlu bekerja menjadi setiausaha kepada seorang bos yang muda, berpotensi dan kacak nama Tom. Dalam masa yang sama dia perlu mencari cinta dan bercinta dengan orang macam Tom.
Jadi misi mencari cinta dan mengejar impian pun bermula di mana dia mula mengenal erti cinta sebenarnya.
P/s Pelakon kacak Kyle XY lelaki xde pusat tu pun ada
Doa ibu memang power itu tidak dinafikan. Aku dulu was-was juga bils baca tips ibu bapa nak doakn anak. Doa waktu mereka tidur, tiupkan doa tu di ubun-ubun anak.
Masa aku mengandungkan Humaira aku selalu doa agar Husna berhenti menyusu badan dan memberi laluan pada adiknya. Ramai yang yakin Husna takkan berhenti menyusu tapi sangkaan semua orang meleset. Husna berhenti menyusu sejurus selepas Humaira dilahirkan.
Husna macam malu dan kekok nak menyusu lagi. Jadi Alhamdulillah doa aku termakbul jua.
Sekarang aku akan cuba menyusukan Humaira sepenuhnya pula.
Kenapa orang yang berpelajaran ni suka sangat memandang rendah pada orang yang tiada apa-apa sijil macam dorang ni bodoh sangat dan tak layak nak berborak dengan mereka dan dikatakan akal cetek.
Aku sering dilabel begitu hanya kerana aku ni tak masuk universiti. Sering dikata susah nak berbual dengan awak sebab cara pemikiran awak tak sama level dengan pemikiran saya.
Kenapa hanya orang masuk universiti ke bijak pandai? Hanya orang yang masuk universiti je ke boleh cakap dengan orang yang masuk universiti.
Pelik dengan cara pemikiran kolot orang macam ni yang rasa diri besar sangat dan ni la yang dikatakan riak dan takbur dengan anugerah pemberian Allah. Tak guna dengar ceramah agama bertroli2 atau berkonti2 tapi bila tindakan dengan orang lain tu x melambangkan apa yang diamalkannya.
Aku lebih suka senyum dan tidak melayan je orang yang macam ni sebab kalau aku marah pun hanya aku yang rugi. Sebab tula ia dinamakam perbualan dan perkongsian ilmu yang mana orang tak tahu kita beritahu bukan nya memandang rendah orang tu lagi.
Orang yang bijak jarang mengatakan yang dia bijak dan akan menangani situasi dengan bijak dan bukan dengan emosi. Jangan sekali merasa rendah diri dan makan hati dengan kata2 negatid orang seperti ini.
InsyaAllah satu hari nanti aku akan sambung juga belajar dan siapa tahu aku akan dapat sambung ke peringkat yang lebih tinggi dari apa yang aku impikan. Biarlah orang2 ini mencemuh aku tak layak dan sebagainya sebab yang menentukan kejayaan kita dan hidup kita adalah diri kita dan bukan orang lain.
Ye cara aku berfikir tak sama dengan cara kamu berfikir jadi janganlah mudah membuat andaian aku ni bodoh atau apa hanya kerana kamu tidak memahami cara pemikiran aku je sama seperti aku tak memahami kamu
Hari ini ada cite Khabhi Kushi Kabhi Gham. Kenapa lelaki ego sebab tengok la bapak Rahul macam mana bila isteri dia bercakap tentang jodoh Rahul dan juga masa majlis perkahwinan pengasuh anak dia. Betapa ego dan vetonya bapak si Rahul sampai isteri dia xble nak bersuara langsung.
Tabahnya hati isteri bila bersuamikan orang macam ni. Isteri lebih banyak mengalah kalau nak dibandingkan suami. Rasenye sebab tu la lebih ramai wanita memilih untuk bersendirian walaupun dikatakan wanita yang tidak bersuami tidak mengikut sunnah nabi. Tapi inilah lumrah kehidupan yang sementara. Yang mana kita perlu utamakan dunia atau akhirat yang kekal abadi.
Jadi sebagai wanita dan bergelar isteri kena tabah dan terima semuanya sebab yang ada di dunia ni semuanya sementara. Walaupun dapat suami macam puaka ego tahap gaban saba jelah sebab bila di akhirat esok si suami ni akan ditanya apakah yang telah dilakukan di dunia ini. Bagaimana dia melayan isterinya. Adakah dia berlaku adil terhadap isterinya adakah dia berlaku adil kepada anak2nya. Semua tu akan dipamer dan ditayang di khalayak umum bila di akhirat kelak.
Disebabkan sekarang ni aku tengah berpantang jadi aku pun menghabiskan masa aku dengan menonton Ariana Rose. Da lama tak ngok tv ni sebenarnya terutama kalau time pukul 7 sampai pukul 8, kalau Husna takde dan spend masa dengan tok baba dia aku dapatlah layan drama pukul 7.
Jarang aku layan cite melayu selepas cerita Teduhan Kasih ni antara favourite drama yang aku suka ngok la.
Hari ini Humaira genap 10 hari. Misi datang check untuk timbang berat Humaira dan juga check kuning dia. Semalam aku pergi ke Klinik Kesihatan Masai untuk check jaundis Humaira Alhamdulillah turun 9.8 dari hari kelmarinnya 11.7 bacaan nya. Bersyukur sangat harap2 Humaira cepat sihat dan hilang jaundis dia.
Aku agak risau tentang lekuk di bahagian depan kepala Humaira dia lembut macam ubun-ubun. Aku minta misi check apakah benda tu. Dari apa yang misi cakap sepatutnya ubun-ubun hanyalah sebesar 2 jari tapi yang ada di atas kepala Humaira adalah lebih dari itu jadi dia minta rujuk dengan doktor Klinik Kesihatan sebab dia pun x pasti kenapa besar sangat Humaira punya ubun-ubun.
Jadi tunggu jela keputusan esok. Hari ini Humaira timbang berat dia ada 2.6 Kg. Mas lahir 2.56 naik 40 gm jadilah maksudnya susu badan aku cukup untuk buat anak aku naik juga =0
Sok maybe Humaira akan ditimbang lagi =)
Credit to Wikipedia
Do Min-joon is an alien who lands on Earth in the year 1609 during the Joseon Dynasty, then stays on the planet for the next four centuries because he is stuck there. He possesses a near-perfect appearance, enhanced physical abilities involving his vision, hearing and speed, and a cynical, jaded view regarding human beings. He meets a young girl who is facing many problems in her life. Both of them fall in love with each other but she is killed by some soldiers. Time goes by year after year and he fakes his death and lives as a new person every 10 years. He ends up in academia in the present day, scoring a job as a college professor, at which he meets famous actress Cheon Song-yi, the biggest Hallyu star in Korea. He finds out he only has 3 months left on Earth. Song-yi is an obnoxious, entitled attention freak, someone who became a top star in her teens and never learned how to live a normal life. She drinks like a fish, swears like a sailor and does whatever she wants. Coincidentally she becomes his neighbor. Min-joon finds out that Cheon Song-yi looks like the young girl he fell in love with in the Joseon era that died. But he tries to keep himself away from Cheon Song-yi because he has to leave in 3 months. As days go by Cheon Song-yi is facing many problems in her life now. Min-joon can't stand the condition Song-yi is in and tries to help her. As he helps her they both become close to each other and fall in love with each other but both try to deny it
Lakonan mantap dari Jun Ji Hyun bagi peminat My Sassy Girl dan Windstruck mesti ingat pelakon ni. Looking forward to watch this drama. Juga lakonan Kim Sun Hyun yang berlakon dalam cerita Dream High dan Moon Embracing The Sun.