Rutin kalau ada anak kecik, mesti tak cukup tido dan rehat siang n mlm jadi bila da penat diri sendiri mula tak terurus sbab sibuk uruskan keluarga. Nasib baiklah en suami jenis memahami, sabar jela ye bang kalau isteri anda kelihatan seperti mak lampir buat masa ni heheh
Humaira pun tido sekarang ni nak berpangku dan berpegang aje bila letak je mesti menangis. Ada aku jadi oshin ni letak anak kat belakang. Pastu humaira da tak nak menyusu botol pula sekarang ni.
Nasib baik lah aku buat keputusan nak cuti tanpa gaji kalau tak susah juga mak aku. Takpelah sementara je ni nanti anak-anak dah besar takut aku pula yang rindu nak tidur dengan anak-anak. Umur anak macam ni dorang attention seeker esok dah besar kita pula minta attention dari dorang tak tau dorang akan layan kita tak masa tu.
This remind me yang anak kita akan membesar tinggalkan kita satu hari nanti.
Humaira da berusia 52 hari, anak yang sorang ni lain benar dari kakaknye. Kalau husna dulu minum susu badan verak 2 minggu sekali sampai susah hati aku jadinya. Tapi humaira minum susu badan hari2 vera dan kentut pun verak juga.
Pun aku jadi risau juga yela takut dia sakit ke hape. Tapi mintalah xde ape.
Semalam anak2 semua nak tido kepit2 dengan umi dia. Husna tido kepit kaki aku, humaira plak tido nk aku pegang aje. Tak pasal2 aku tido duduk sebab aku risau husna jatuh katil.
Kalau walid dia ada, husna memang kepit dengan walid dia jela tak ingat langsung kat umi dia ni.
Hari ini dah masuk 40 hari aku berpantang di rumah aku dan bermakna dah 40 hari aku menjadi Rapunzel di rumah tanpa keluar.
Husna pula hampir setiap hari PIL aku datang amik, kadang-kadang terasa hati juga sebab ingat cuti 3 bulan ni dapat lah meluangkan masa dengan anak-anak lebih sikit.
Jadi buat masa ni aku mengalah dan berkorban sahajalah cuma aku akan pastikan anak aku tiadalah sampai melekat terus tak nak balik dan ikut aku. Benda macam tu boleh berlaku lagi-lagi anak aku sering dimomokkan 'Umi dah tak sayang Husna, Umi dah ada Humaira'. Sebenarnya aku paling benci statement macam tu. Kenapa nak buat seorang budak kecil yang tidak tahu apa-apa dengan mensikologikan dia dengan memomokkan mak dia tak sayang dia lagi dengan tujuan budak tu benci dengan mak dia sendiri ke???
Jadi kalau setiap kali aku dengar orang cakap macam tu aku akan peluk anak-anak aku dan katakan 'Umi sayang dua-dua sama rata, takde berat sebelah atau pilih kasih'. Susah juga kena mengalah macam ni sebab tak pasal-pasal dua beradik terpaksa dipisahkan kerana nak jaga hati semua pihak.
Nilah pengorbanan terbesar yang aku lakukan setakat ni.