Lama x update blog sebab bz mengurus keluarga. Raya pertama tahun ni kat uma mak aku. Jadi sambutan raya disambut seperti biasa makan ketupat, rendang n thn ni ada lemang.
Raya pertama tahun ni saya menyambutnya di rumah ibu saya. Memandangkan kami mengambil keputusan untuk bergiliran pada raya pertama sahaja. Manakala raya kedua dan seterusnya kami berada di rumah ibu mertua pula.
Tahun ni Mr. Bear mengambil cuti selama seminggu. Banyak juga rumah yang kami lawati. Nasib baik rumah makcik dan pakcik Mr. Bear semuanya dekat-dekat jadi mudahlah nak pergi.
Selepas habis cuti raya Mr. Bear kembali ke KL berseorangan memandangkan kami anak-beranak masih tak puas lagi beraya. Jadi kami anak beranak beraya pula di rumah pakcik dan makcik saya di Mersing dan Muar.
Tahun ni rasanya banyak rumah yang kami dapat lawati walaupun saya dan anak-anak sahaja yang mewakili jadilah dari tak lawat langsung.
Arini borak2 dgn adk aku n mak aku pasal masakan aku. So everyone agree yang aku memang tak pandai masak. Patutla en suami selalu komplen cakap aku tak pandai masak. Rupa-rupanya semua orang dalam family aku setuju aku memang tak pandai masak.
Agak mengecewakan statement tu so cuma bole terus memasak dan jangan putus asa untuk berusaha lagi.
Bagi mereka yang ada pasangan yang tak pandai masak, tolong ye jangan kondem pasangan anda secara berterusan sebab ia akan menyebabkan mereka hilang keyakinan untuk memasak lagi. Sebagai pasangan patutnya lebih memahami dan menyokong pasangan anda.
Aku dulu dah amik pun exam MuEt tapi disebabkan resultnya da expired terpaksa la aku amik semula.
YA EXAM MUET ADA EXPIRED DATE K
Dan yg paling kecewa expired last year.
Tujuan amik mana tau kot2 thn dpn or depannya nak sambung study kan. Pin MiEC kena beli kat BSN ye dengan harga RM101. (Mahal kan. Terperanjat Mak).
Semoga aku dapat jawab dengan cemerlang dan gemilangnya. Almaklum la english saya english jawa. Huhu
Peristiwa tahun ni yang tak mungkin dilupakan sampai bila2 iaitu kejadian nahas MH370 dan MH17.
Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan terkorban. Semoga roh mereka tenang.
Humaira dijangkiti batuk dan selesema dari Husna start dari hari selasa sampai jumaat x baik2 jd aku bw humaira jumpa doktor Adrian di Gleaneagles.
Nasihat doktor supaya aku sembur hidung humaira dengan nasal spray lambang dolphin untuk 0-3 tahun dan hanya tuam badan dia kalau dia demam sebab ubat sangat bahaya untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun. Terutama ubat demam sebab ada paracethemol. Ubat selesema pun sangat bahaya sebab dia buat budak mengantuk.
Kami risaukn humaira tapi sebenarnya yang perlu diberi ubat yang betul adalah husna. Husna aku bagi ubat klinik yang biasa je tanpa antibiotik padahal untuk selesema kena makan antibiotik baru boleh baik. Sebab kahak husna lagi banyak dan boleh menyebabkan husna semput. Jadi husna diberi ubat batuk yang perlu dimakan selama 7 hari, singulair selama 14 hari dan antibiotik yang perlu dimakan 5 hari.
So dari hari jumaat sampai isnin husna makan ubat tu kahak dia semakin berkurang. Humaira plak demam dan selesema makin teruk sampai satu tahap aku kesian tengok keadaan dia aku bg je ubat lama dia yang aku dapat dari klinik. Tapi tu pun aku bg sekali je dan waktu malam.
Pada hari isnin tu aku tengok keadaan Humaira makin teruk dan aku amat risau aku pun bawa dia jumpa Doktor Adrian balik. Doktor buat pemeriksaan dan dapati kahak di dalam dada dia makin banyak jadi doktor bagi juga dia ubat yang sama dengan husna iaitu singular serbuk untuk cairkan kahak dalam paru2 dia.
Alhamdulillah hari selasa selesema humaira agak berkurangan dan dia tak demam lagi macam malam sebelumnya. Aku tak bagi humaira ubat demam sebab dia tak demam aku just bagi antibiotik dan singulair je Kahak husna pun makin baik dan selesema husna mula kering.
Sebelum ni husna kalai dijangkiti selesema memang mengambil masa sampai 2 minggu untuk baik namun aku pastikan selesema dia tak berlarutan dan bawa dia jumpa doktor terus. Aku tak nak paru2 dia mula berkuman dan kahak dia menjadi kahak degil baru aku nak rawat.
Anak2 aku kalau selesema n batuk je mesti akan demam jadi aku pastikan mereka bebas dari penyakit selesema. Disebabkn humaira ada husna beliau sangat mudah dijangkiti.
Nasihat doktor walaupun humaira menyusu badan itu tak bermakna dia imun dari semua penyakit. Bagusnya susu badan dia bagi semua nutrien yang susu formula tak dapat bagi. Jadi aku tak boleh pertikaikan kenapa bagi susu badan pun still mudah berjangkit beza dengan husna dulu, sebab imun setiap bayi berbeza. Mungkin kalau aku tak bagi langsung susu badab humaira lagi teruk.
Today kami bawa anak2 ke taman di KLCC. Seronok betul husna sebab playground variety sampai tak tahu nak main yang mana. Humaira pun seronok tengok kanak-kanak lain main kat situ. Pastu kami berbuka di Secret Recipe.
Bukan nak mengeluh atau tak bersyukur tapi itulah hakikat yang terpaksa orang tempatan lalui.
Kalau da sehari kerja sampai 15 jam. Cuti seminggu sekali dan dibayar gaji RM4.00 sahaja untuk 1 jam agak-agak tak menaya orang ke tu??
Itu yang kita tahu yang kita tak tahu??? Macam kemudahan perubatan, cuti bersalin, cuti sakit. Syarikat kebanyakan tak nak ambil tahu. Yang mereka tahu UNTUNG UNTUNG UNTUNG.
Macama mana syarikat nak maju kalau pekerja dilayan sedemikian. Itu belum campur syarikat yang rasis lagi. Macam-macam dunia sekarang ni.
Bihun Sup
Nasi Putih
Ikan Merah Masak Asam Pedas
Sambal Tumis Udang
Nasi Beriani Arab
Ayam Beriani
Salad Timun dan Tomato dengan Jus Lemon
Sos Lada Hijau dan Tomota
Onde-Onde
Mee Goreng
Nasi Putih
Ikan Kembung Masak Asam Nenas
Kubis Goreng
Rojak Petis
Nasi Putih
Pisang Muda Masak Lemak
Ikan Cencaru Bakar