Hari tu aku ada ambil ujian MUET dengan sangat bersemangat dan berkobar2 nya. Ujian pertama adalah speaking. Mula-mula macam konfiden kan tapi bila da masuk bilik saringan dah mulalah gelabah Aku. Bila da masuk bilik ujian lagilah keluar suara kepit-kepit time nak speaking tu. Aku dalat topik tentang who help student the most candidate A teacher, candidate B buddy, candidate C tuisyen teacher, candidate D family. So Aku dapat candidate C, disebabkan Aku ada pengalaman jadi Cikgu tuisyen jadi Aku pun ceritalah pengalaman Aku Dan kononnya pretend la Cikgu tuisyen lebih bagus. Tp pada Aku family yang help the most.
Ok next day ambil exam bertulis Dan listening. Exam bertulis banyak tentang deforestation pasal Alam sekitar la plak. Dan juga essay topic the benefit of playing computer games. Apa lagi Aku merapu la pasal keburukan main computer games sebab teringat Mr bear dulu yang addict main games DOTA. Dah macam meroyan masa tulis tu pun iya.
So result Aku terima pada Aku not bad la walaupun tak study, tak pi kelas Band 3 sikit je lagi nak dapat Band 4. Dulu first time amik dapat BAnd 4 sikit lagi nak dapat Band 5. OK la tu hehehe
|
Credit To comicvine.com |
Disebabkan isu ni sangat hangat trending dan diviralkan kat facebook jadi aku pun nak tulis la sikit pandanganku berkenaan isu ini. Aku pun peminat kpop tapi lebih kepada drama dan movie bukan lagu. Kalau tanya aku artis korea yang aku kenal hanyalah wonder girls dan superjunior jelah yang aku kenal kot.
Mr. Bear orangnya tinggi, hensem la juga tapi dia putih so dia kpop campur orang melayu sikit campur arab sikit hahahaha arab sejati la Mr. Bear tu.
Aku tengok juga video yang diperkatakan berkenaan gadis-gadis peluk abang kpop tu. Memang ternyata bukan salah artis dan bukan salah penganjur. Memang salah gadis tu sebab nampak sangat begitu teruja nak peluk lagi. Kalau tengok dari video tu pengacara dia siap tarik tak bagi peluk lagi.
Nak kata lebih-lebih tak boleh sebab aku pun ada anak dara dua orang yang tak tahu bakal membesar dengan entertainment apa pasni. Tapi yang pasti gadis sekarang memang tiada segan silu lagi memeluk orang bukan muhrim. Macam dah biasa je dik, ahaks =0
Nak salahkan mak bapak? Pun tak boleh juga sebab dorang dah besar dah boleh fikir sendiri buruk baik. Mak bapak dah bagi didikan yang cukup sekarang tiba masa untuk mereka pula buat keputusan.
Rasanya ini bukan pertama kali gadis islam kita diperkotak katik kan begini. Sebelum ni tentang isu komen gadis kita terhadap pemain bola yang hensem negara mana aku tak ingat, pun sama orang siap cakap negara kita negara ramai islam, mengamalkan cara hidup islam namun tidak menunjukkan malu dan maruah seperti orang islam dengan meletakkan komen-komen kepada lelaki bukan muhrim secara terbuka.
Terasa seperti ditumbuk sekali kat muka. Dushh...
Ok tu sahaja komen aku. Selamat berkpop ahaks.
Rutin harian jadi suri rumah sama sahaja setiap hari kalau semua kerja da siap, Aku bawalah anak-anak ke playground untuk bersosial dengan budak lain.
Husna sekarang dah mula dengar kata. Aku dah tak lagi menggunakan konsep tengking2 macam dulu. Lebih guna jelingan yang mana dia pun mula tiru kalau dia marah. Waktu tidur pun aku tak perlu struggle macam dulu. Kalau terpaksa baru dia tido buai kalau dia dah mengantok sangat memang tido kat bilik. Husna juga da pandai ikut solat. Sebab selalu tengok Habib dia solat.
Humaira pula sekarang amat attach dengan Umi dia. Maybe dia melalui fasa separation anxiety. Jadi sekarang ni Aku buat apa-apa memang mendukung humaira sahaja. Dia gak da pandai main motor kakak dia n gerakkan sendiri pakai kaki dia. Sekarang pun dia amat bersemangat untuk memapah tapi masih takut sekiranya kita suruh lepaskan tangan. Tidur malam dia sudah pandai mengempeng. Kalau ikutkan Aku da janji dengan diri sendiri taknak bagi dia mengempeng tapi macam susah je.
Setakat ni jelah yang Aku ingat nak tulis. Walau pun hari-hari mengadap anak-anak kadang-kadang tak tahu nak gunakan ayat apa dan istilah untuk perkembangan dorang ni.
Cuma apa yang Aku nampak sekarang husna Dan humaira membesar cara berbeza. Ada yang kata humaira nampak lagi nakal dari husna. Tapi pada aku husna nakal cara biasa kanak-kanak dan bukan nakal lain.
Disebabkan awal tahun jadi haruslah ada misi kan. Ni antara misi aku untuk tahun ni.
1. Potty training Husna
2. Settlekan Loan Keta
3. Settlekan Kad Kredit
4. Buat simpanan at least 30% Dr gaji
Harap2 dapatlah tercapai misi ni.
Chaiyo2!!!
Beberapa hari sebelum menjelangnya tahun 2015, kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat tersebut.
Namun kini disahkan bahawa pesawat tersebut telah disahkan terhempas di laut Jawa.
Semoga keluarga mereka yang terlibat tabah.
Tahun 2015 telah pun tiba.
Mulanya Aku ingat dugaan Aku cukup besar.
Namun setelah dikejutkan dengan berita salah seorang sahabat aku menghadapi kanser dan bakal duduk di kerusi roda sangat mengejutkan Aku.
Sungguh tak bersyukurnya Aku sedangkan beliau menerima dugaan yang lebih besar.
Kadang2 kita rasa kita dah cukup susah namun ada orang yang lagi susah dari kita. Dan dia menyembunyikan nya dengan senyumannya.
Kepada sahabatku Naraswati tabahkan hati mu wahai teman Dan Aku akan doakan Aku cepat sembuh.
You can contact us through
Email : serenitysent@gmail.com
Whatsapp : +60197542187