Sakit Tekak and Selesema

by - 9:40 PM

Dah dekat nak bersalin ni boleh pula sakit tekak dan selesema, semua start dari malam semalam. Aku tiba-tiba rasa tak sedap tekak dan hidung rasa kering sangat. 

Mr. Bear kata punca dari aku gak sebab tadi aku minum cool blog perisa asam boi. Ntah x tau yang mana satu punca tapi yang pasti aku kena pastikan sakit tekak dan flu ni baik sebelum aku bersalin. Aku tak nak sok sek sok sek time pantang nanti. 

Nak try tips mana ye nak baik kan sakit tekak ni? Ubat batuk konfem tak boleh makan dah, Dr. awal-awal da bagi reminder.

Tips dari Petua Berkesan

1. Mula-mula ambilkan 3 biji limau tak kira la limau apa limau nipis ke limau kasturi ke kan.
2. Masukkan madu ke dalam cawan ikut la korang nak banyak mana
3. Perah air limau kedalam madu di gaulkan menjadi sebati.
4. Kalau tak cukup limau tu boleh la tambah lagi supaya rasanya nanti lebih Kauuu.
5. Setelah sebati ha boleh la di minum secara perlahan-lahan agar dapat meresap ke seluruh tekak yang sakit tu.

Photo Credit www.google.com



Tips dari Puteri Kasih
Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain darimengambil ubat batuk yang dijual di farmasi adalah :
1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.
2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum jus asam jawa tersebut. Asam jawa ni elok untuk menyejukkan tekak.
3) Kumur Dengan Air Garam – Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak.
4) Jus Timun – Kisarkan timun dan minum jusnya. Kalau malas nak kisar, kupas je kulit timun tu dan makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Timun ni antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak.

You May Also Like

0 comments