Sindrom Nak Beradik Dah Mula

Husna dah mula menunjukkan perangai mungkin aku da dekat nak bersalin sangat agaknye. Semalam appt dokto pun dah bgtau yg aku kena bsalin dalam tempoh 2 minggu ni atau aku akan dipaksa bersalin sebab air ketuban aku banyak jadi nak kurangkan risiko baby lemas.

Husna mula menunjukkan ragam dengan mula bermanja dengan aku, kerap menangis sampai da jadi sesema dan tak baik sampai sekarang. Suka membaling pastu kalau dimarah buat muka seposen. Dia sangat suka buat orang marah pada dia marah = kelakar. Tak tau nak buat macam mana dan tak tahu siapa yang ajar. Aku salah aja ekspresi muka ke? Disebabkan aku hanya dapat spend masa dengan dia waktu malam sahaja jadi banyak benda yang aku x dpt didik dengan betul dan hanya bergantung dengan PIL aku.

0 comments