Husna Tantrum Time

Ye setiap kanak-kanak akan melalui fasa ni. Dan husna sedang mengalaminya.

Kebetulan ngam-ngam 2 tahun husna mula menunjukkan emosi dia iaitu rasa marah mesti baling barang atau tendang atau menghentak kaki especially kalau tak dapat ape dia nak.

Dia juga tau sabar tu apa terutama kalau game loading lambat dia akan ckp 'Jap eh jap' atau 'sabar husna sabar'.

Husna juga belajar perasaan merajuk tu ape dengan baring atas lantai, pandang tempat lain smbl silang tangan.

Apa yang mampu aku buat SABAR... Jangan hilang sabar terutama memukul sebab memang tak jalan, dia akn lagi berkeras dan berkasar kalau kita menggunakan kekerasan. Biar je dia tenang dulu nanti dia akan baik sendiri. Masa tulah aku belajar memujuk dia sebab Husna lagi dipaksa lagi dia tak nak. (Macam umi dia la sebijik siot).

0 comments