Khasiat Buah dan Daun Limau Purut

Semalam aku pergi ke kampung seperti yang aku ceritakan di post sebelum ni, selain menarah cili api kami juga mengutip limau purut dan daun nya di tepi rumah arwah moyang aku.


Limau Purut bau dia tersangatlah harum dari buah nya sehinggalah ke daunnya. Buah dia kebanyakkan orang gunakan untuk kecantikan dan ada juga yang guna untuk masakan tapi setakat ni aku tak jumpa lagi orang minta sirap limau purut ais. 


Khasiat dan Kegunaan Limau Purut serta dedaunnya.

1. Masakan 

- Daun limau purut digunakan di dalam tomyam, rendang.

2. Perubatan 

- Buah limau purut digunakan sebagai ramuan perubatan. Limau purut juga dikatakan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser. 

- Bagi mereka yang takut dengan pacat boleh tenyeh limau purut ni kat pacat tersebut kerana dikatakan pacat tersebut boleh dibunuh menggunakan limau purut. 

- Limau purut juga dikatakan boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

- Digunakan sebagai anti histeria, pencuci asli, anti septik, anti bakteria

- Minyak limau purut dikatakan dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan minyak tersebut pada dada, tengkuk dan belakang badan.


3. Kecantikan 


- Bagi pengamal spa tegar buah limau purut ni digunakan untuk mandian wap. 

- Untuk sesiapa yang mengalami masalah bau badan atau rambut berkelemumur tahap kritikal sangatlah digalakkan untuk menggosok kepala dan badan anda menggunakan limau purut ni. Jadi kalau anda dapat hadiah buah limau purut anda paham-paham sendiri la ye. 

- Manakala ekstrak patinya boleh digunakan sebagai minyak aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri lain. 

Cara menggunakan limau purut.

1. Rambut dan badan.

Gosok bagi melembutkan limau purut. Kemudian belah dua, picit kemudian tenyeh di kepala anda. Anda akan dapat menghidu bau harum di rambut serta badan anda serta merta.

2. Gigi

Tumbuk atau blender daun limau purut sehingga halus kemudian gaulkan dengan sedikit garam kemudian sapu di gigi. Hasilnya masalah kekuningan di gigi anda dapat dielakkan.

Sumber maklumat mr. google.

0 comments