Bahaya Ubat Kepada Bayi Di Bawah 2 Tahun

Humaira dijangkiti batuk dan selesema dari Husna start dari hari selasa sampai jumaat x baik2 jd aku bw humaira jumpa doktor Adrian di Gleaneagles.
Nasihat doktor supaya aku sembur hidung humaira dengan nasal spray lambang dolphin untuk 0-3 tahun dan hanya tuam badan dia kalau dia demam sebab ubat sangat bahaya untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun. Terutama ubat demam sebab ada paracethemol. Ubat selesema pun sangat bahaya sebab dia buat budak mengantuk.

Kami risaukn humaira tapi sebenarnya yang perlu diberi ubat yang betul adalah husna. Husna aku bagi ubat klinik yang biasa je tanpa antibiotik padahal untuk selesema kena makan antibiotik baru boleh baik. Sebab kahak husna lagi banyak dan boleh menyebabkan husna semput. Jadi husna diberi ubat batuk yang perlu dimakan selama 7 hari, singulair selama 14 hari dan antibiotik yang perlu dimakan 5 hari.

So dari hari jumaat sampai isnin husna makan ubat tu kahak dia semakin berkurang. Humaira plak demam dan selesema makin teruk sampai satu tahap aku kesian tengok keadaan dia aku bg je ubat lama dia yang aku dapat dari klinik. Tapi tu pun aku bg sekali je dan waktu malam.
Pada hari isnin tu aku tengok keadaan Humaira makin teruk dan aku amat risau aku pun bawa dia jumpa Doktor Adrian balik. Doktor buat pemeriksaan dan dapati kahak di dalam dada dia makin banyak jadi doktor bagi juga dia ubat yang sama dengan husna iaitu singular serbuk untuk cairkan kahak dalam paru2 dia.
Alhamdulillah hari selasa selesema humaira agak berkurangan dan dia tak demam lagi macam malam sebelumnya. Aku tak bagi humaira ubat demam sebab dia tak demam aku just bagi antibiotik dan singulair je  Kahak husna pun makin baik dan selesema husna mula kering.

Sebelum ni husna kalai dijangkiti selesema memang mengambil masa sampai 2 minggu untuk baik namun aku pastikan selesema dia tak berlarutan dan bawa dia jumpa doktor terus. Aku tak nak paru2 dia mula berkuman dan kahak dia menjadi kahak degil baru aku nak rawat.

Anak2 aku kalau selesema n batuk je mesti akan demam jadi aku pastikan mereka bebas dari penyakit selesema. Disebabkn humaira ada husna beliau sangat mudah dijangkiti.

Nasihat doktor walaupun humaira menyusu badan itu tak bermakna dia imun dari semua penyakit. Bagusnya susu badan dia bagi semua nutrien yang susu formula tak dapat bagi. Jadi aku tak boleh pertikaikan kenapa bagi susu badan pun still mudah berjangkit beza dengan husna dulu, sebab imun setiap bayi berbeza. Mungkin kalau aku tak bagi langsung susu badab humaira lagi teruk.






0 comments