Bayou Lagoon Park Resort, Malacca

by - 10:54 PM

Family holiday for year 2014.

Tahun ni kami sekeluarga bercuti ke Bayou Lagoon Park Resort. Kalau bawa anak2 yang suka main air memang sesuai sangat tempat ni.

Disebabkan kami pergi waktu public holiday jadi tempat tu pack sangat sampai nak naik lif, makan, park pn bersesak2. Kami dimaklumkan kalau time public holiday dan school holiday tempat ni memang pack dengan orang.

Kami sewa apartmen 2 bilik menggunakan agoda.com dan harga tawaran kami dapat untuk semalam adalah rm350 tu kira campur tax dan etc. Tapi still sangat murah kalau book dengan Bayou direct dia minta rm530 semalam sebab public holiday.

Buffet makanan dia saya tak sempat nak snap gamba tapi saya ada ternampak ubtuk Lunch Buffet dia kenakan charge rm25 per pax yang mana pada saya agak murah. Itu standard harga hotel 3 bintang.

Jadi sepanjang berada di Melaka kami pergi ke mana-mana kedai makanan untuk makan tengahari. Salah satu kedai ni kami datang pada 1.9.2014. Kami ambil lauk nasi 7, kepala ikan terubuk 2 kepala, ikan kembung 2 ekor, hati masak lada hitam, ketam saiz kecil 2, sotong saiz sederhana 2, sayo masak lemak. Total harga yang dikenakan kepada kami RM185.00. Kami agak terkejut tapi apa boleh buat da makan habis pun. 


You May Also Like

0 comments