Misi Mencari Cyber Cafe di Permas Jaya

Semalam aku nekad mencari Cyber Cafe (CC) nak print slip exam Muet. Pusing-pusing punya dari satu kedai ke satu kedai tapi tak jumpa satu pun CC yang menyediakan service print. Mungkin kebanyakan orang dah mampu untuk beli printer sendiri sebab tu kedai pun tak menyediakan service print.

Mula-mula aku masuk ke kedai Mochiano tapi bila aku tanya dia jawab sambil main game dan kata kedai ni tak sediakan perkhidmatan print. Jadi aku ronda lagi area kedai situ mane tau kot-kot ada terjumpa tapi last-last tak jumpa juga. Jadi aku pun patah balik rumah dan tanya hafiz adik aku.

Dia kata ada satu kat kedai sebelah kedai tu. Aku pun cari punya cari sampai berpuluh kali jugalah aku pusing.

Akhirnya atas tunjuk ajar Hakim dia bagitau lokasi sebenar CC yang menyediakan tempat untuk print, nama kedai tu Skyway. Aku punyalah mencari rupanya signboard dia pun dah pudar warna. Yang ada cuma signboard kecik alam.

Dear hafiz,

Sebelah tu maksudnya memang bersebelahan dengan kau, kalau dah seberang jalan kedai nya tu bukan sebelah namanya. Memang minta nak kena hempuk kat dinding kan. Buang minyak je aku ronda mencari sebelah kedai tu.

Sekian, terima kasih.




0 comments