Twenty Again Ep. 10 Review

Banyak yang berlaku dalam episod kali ni antaranya Cha Hyun Suk mengaku dengan Kim Woo Chul yang dia sukakan Ha No Ra.

Dalam episod kali ni juga kita boleh lihat Ha No Ra mengenakan pakaian yang lain dari rutin dia sebab dia bakal pergi Date dengan Dan kawan kolejnya. Kim Woo Chul sampai melecur tangan tengok betapa cantiknya isteri dia. Cha Hyun Suk pula yang memang sukakan Ha No Ra rasa dia nampak lain dan cantik sangat.

Hari ini juga Ha No Ra merasa bagaimana sebenarnya bercinta dan bagaimana seronoknya apabila wanita dilayan dengan istimewa. Dan teman kolej Ha No Ra memang melayannya dengan baik sangat. Cha Hyun Suk tertanya-tanya bagaimana Ha No Ra menjalani hidup dia 20 tahun ni. Kim Woo Chul seolah-olah tidak melayannya dengan baik dan mengabaikannya. 

Episod kali ni juga Kim Min Soo dapat tahu betapa susahnya ibu dia kerana ayahnya akan menceraikan ibunya. Dan juga dia dapat tahu mak dia pernah susah hati setelah dapat tahu dia kena kanser yang mana ia adalah kesilapan teknikal sebenarnya. Namun Min Soo tetap marah kenapa tak bagitau dia, mak dia tak nak dia susah hati sebab dia baru je masuk kolej. Nila ibu kan korban segalanya untuk suami da anak. 

Memang nangis tengok part akhir ni. Suami dia memang hati kering betul. Dia lupa dia mengandungkan anak orang masa orang tu sekolah lagi dan serahkan semua urusan rumah tangga kepada isteri dia dan tak bagi peluang untuk isteri dia melanjutkan pelajaran atau bekerja kemudian nak tinggalkan dia tanpa ada duit belanja lepas bercerai. Kejam betul lelaki macam ni.

0 comments