Cik Blur dan Encik Ikhlas By Airisz

Sejak baca cerita Cik Cinderella dan Encik Tengku dan juga tengok cite kat TV sikit2 rasa macam jatuh cinta plak baca novel tulisan Airisz ni. 


Sinopsis

Cik Blur atau lebih dikenali Kasih merupakan pekerja kepada Encik Ikhlas. Disebabkan terlalu marah sangat dengan Encik Ikhlas beliau mengambil keputusan meletak jawatan dalam tempoh 24 jam dan menerima bekerja sementara sebagai Pencuci Rumah bagi menggantikan makcik kawan baik beliau yang bakal menunaikan Umrah. Tapi tanpa Cik Blur ketahui sebenarnya rumah yang dicuci tersebut merupakan rumah bekas majikannya yang paling dia benci. Dalam benci timbullah pula rasa cinta kerana rupanya Encik Ikhlas ada menyimpan rasa cinta pada Cik Blur dalam diam.

Apakah bakal terjadi? Boleh ke dia Cik Blur bercinta dengan musuh nombor satu dia? Kenala baca sampai abis sebab aku pun baru je baca beberapa bab.

0 comments